Tuesday 23 August 2016

[Video] PAS sudah 'slow' tembak AMANAH & Skandal MB Selangor: SAMM buat laporan rasmi SPRM Jumaat ini.

Selasa, 23 Ogos 2016


Skandal MB Selangor: SAMM buat laporan rasmi SPRM Jumaat ini

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengemukakan laporan rasmi kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal status tanah Lot 68054 di kawasan Paya Indah Wetland, Kuala Langat membabitkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Jumaat ini.
 Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihak beliau dan pasukan khas dikenali sebagai #skandalAzmin68054 mengambil keputusan berbuat demikian selepas Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR gagal menukar semula status kawasan pembangunan kepada tanah pertanian dalam tempoh tujuh hari sejak 15 Ogos lalu.
Tempoh seminggu itu juga, ujar Badrul Hisham, diberikan bagi Azmin memohon maaf kepada semua rakyat, ahli PKR, parti komponen Pakatan Harapan terutama rakyat di Selangor atas kesalahan yang dilakukan.
Datuk Seri Mohd Azmin Ali Datuk Seri Mohd Azmin Ali“Namun sehingga semalam tamat tempoh tujuh hari nampaknya Azmin tidak mampu memberikan respon positif menjelaskan perkara tersebut malah terus menggunakan media menunjukkan sikap sombongnya. Dia juga melalui beberapa ‘kartelnya’ cuba melobi supaya saya dipecat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai Chegubard, ‘booklet’ pendedahan isu #skandalAzmin68054 yang akan mengandungi 85 peratus segala dokumen bukti berkaitan, fakta dan kronologi skandal itu akan dilancarkan sebelum diikuti laporan rasmi kepada SPRM.
“Booklet ini akan disasarkan kepada pegawai-pegawai kerajaan, kepimpinan Pakatan Harapan khususnya PKR dan rakyat Selangor. Semua dijemput hadir bersama di hadapan Ibu Pejabat SPRM (pukul 3 petang di Putrajaya) untuk sama menjadi yang terawal memilikinya.
“Kenapa tujuh hari dan kenapa hendak buat booklet pendedahan? Saya ingatkan semua dengan terbaru berkenaan aduan rasuah seks dalam pejabat Menteri Besar Selangor yang didedahkan oleh Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan). Apa kesudahannya? Adakah Rafizi membuat aduan kosong atau aduan disapu di bawah karpet?” bidasnya.
Mengulas lanjut tindakan berkenaan, Chegubard menyifatkan sudah tentu terdapat ‘payung kembang’ bakal melindungi memandangkan baginya isu #skandalAzmin68054 membabitkan ‘kapitalis besar’ negara.
“(Itu) pilihan yang saya ada dan itulah latihan demokrasi gerakan reformasi rakyat perlu diberi maklumat penuh dan biar rakyat menghakimi - Rakyat Hakim Negara,” tegasnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena