Thursday 18 August 2016

[Video] Ahmad Razif-Umno/BN harus MALU dengan teguran 'Pocket Rocket Man'..."Ke mana perginya hasil kekayaan bumi T'ganu minyaknya?"

Khamis, 18 Ogos 2016


Hari nie kecoh pasal MB Terengganu x bantu Azizul untuk beli basikal ..Menteri Umno biasa lah..huhu ..

_Sementara itu Bekas MB sedang bersiar2 ditepi pantai batu buruk dengan Basikal Baru nya ..haha_😂😂


Ke mana perginya hasil kekayaan bumi T'ganu minyaknya ??!!

'Suap' rakyat dgn BR1M boleh pula dipercepatkan..

Agakya camni..
... Basikal dah lulus.. .tapi azizul awk lupe nak isi borang A dan borang B... lepas anta isi borang C.. .lepas tu borang D... lulus borang D baru anda borang E... slps dah isi semuanya.. tggu 5 tahun utk penghantaran kerana anda lupa bayar kos pos penghantaran ke luar negara...


Ahmad Razif-BN harus malu dengan teguran 'Pocket Rocket Man'

Sikap mengunci mulut pemimpin-pemimpin negeri terhadap atlet sukan negara seharusnya tidak berlaku di negara ini, sebagaimana yang dihadapi oleh pelumba basikal negara Azizulhasni Awang terhadap sikap menteri besar Terengganu yang diluahkan di 'facebook' semalam, kata Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan.
Beliau berkata, kekecewaan  itu jelas menggambarkan tahap profesionalisme Ahmad Razif yang boleh dipersoalkan apabila membisu dengan permohonan pihak Azizulhasni dan Fatehah untuk membeli sebuah basikal 'roadbike'.
"Seharusnya Ahmad Razif dan Barisan Nasional harus  malu dengan teguran tersebut.
"Kalau pun tiada peruntukan daripada dana negeri untuk atlet kebanggaan negara ini, Ahmad Razif boleh sahaja meminta pegawainya menulis surat kepada Azizulhasni dan Fatehah memaklumkan bahawa tiada peruntukan bagi tujuan tersebut.
"Jangan mengunci mulut langsung." katanya.
Tambahnya lagi,sikap pemimpin negeri yang tidak memberikan jawapan balas terhadap satu-satu permohonan sama sekali tidak boleh diterima.
"Itu baru kes permohonan Azizulhasni dan Fatehah, atlet negara yang dikenali ramai.
"Bagaimana pula nasib atlet-atlet lain yang masih bertatih dan memerlukan sokongan kerajaan negeri? Tetap membisu atau bagaimana?
"Negeri-negeri lain yang ditadbir Barisan Nasional, beginikah juga cara dan kaedah yang sedang berjalan?
"Sehingga saat ini, begitulah penyakit pemerintah. Tidak pernah serius mengambil tahu keperluan penting untuk sesebuah kejayaan tercipta," ujarnya dalam satu kenyataan.
Kekecewaan Azizulhasni (kanan) jelas menggambarkan tahap profesionalisme Ahmad Razif (kiri) yang boleh dipersoalkan. Kekecewaan Azizulhasni (kanan) jelas menggambarkan tahap profesionalisme Ahmad Razif (kiri) yang boleh dipersoalkan.Sany berkata, Ahmad Razif merupakan simbol pemimpin yang gagal memaknakan 'prihatin' dalam urustadbir sebuah kerajaan negeri.
"Tidak hairan kerana boleh jadi istilah 'prihatin' dalam kamus politik Barisan Nasional telah lama hilang," ujarnya.
Beliau berkata demikian merujuk kenyataan terbuka di facebook, Azizulhasni Awang atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pocket Rocket Man', atlit Olimpik negara dalam acara keirin, telah menyelitkan kekecewaan beliau kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman di tengah-tengah penghargaan kepada banyak pihak atas kejayaan beliau merangkul gangsa dalam temasya di Rio De Janiero kelmarin.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena