Thursday, 18 August 2016

#TANGKAPMO1...Polis diminta memberikan kerjasama kepada rakyat untuk berhimpun secara aman.

Khamis, 18 Ogos 2016
Pihak polis diminta memberikan kerjasama kepada rakyat untuk berhimpun secara aman pada 27 Ogos ini, kata peguam Faiz Fadzil.

Beliau ketika ditemui Malaysia Dateline di perkarangan Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini berkata, himpunan Tangkap Malaysian Official 1 pada petang Sabtu itu nanti akan berjalan lancar jika undang-undang berkaitan dihormati.

“Kita juga menyeru PDRM (Polis Diraja Malaysia) supaya memastikan himpunan yang berlangsung bebas daripada anasir pihak yang sengaja menimbulkan provokasi,” ujarnya.

Faiz yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah memberitahu kehadirannya dalam pertemuan kumpulan mahasiswa selaku penganjur himpunan itu dengan pihak polis adalah sebagai penasihat undang-undang.

“Mereka (kumpulan mahasiswa) diketuai aktivis, Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Anis Syafiqah Md Yusof sebagai jurucakap Gabungan#TangkapMO1 hari ini cuba untuk menyerahkan notis pemberitahuan himpunan seperti mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” jelasnya.

Pada masa sama, Faiz turut menyeru pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi izin untuk peserta himpunan berkumpul di lokasi di bawah seliaan pentadbiran itu.

“Selepas ini, saya difahamkan mahasiswa sebagai penganjur terlibat akan menyelesaikan isu berkaitan kebenaran tempat di bawah pengawasan DBKL,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kumpulan mahasiswa terbabit sebagai penganjur himpunan Tangkap Malaysian Official 1 berbincang dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah selama sejam.

https://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/20-headline/4190-peguam-seru-polis-dbkl-beri-kerjasama-himpunan-tangkap-malaysian-official-1
*[KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NEGERI JOHOR: HIMPUNAN #TANGKAPMO1]*

1. Pada 20 Julai yang lalu, Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat telah mengeluarkan satu laporan lengkap mengenai isu salah guna dana syarikat 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beberapa individu. Antara nama yang disebut dalam laporan tersebut adalah Riza Shahrin bin Abdul Aziz (anak tiri Najib Razak), Low Taek Jho dan juga Malaysian Official 1 (MO1).

2. Pemuda AMANAH Negeri Johor memandang serius terhadap laporan yang dikemukan oleh DOJ kerana ia melibatkan harta, maruah dan imej negara. Bahkan Pemuda AMANAH Negeri Johor mengharap agar tindakan undang-undang diambil ke atas kesemua nama yang terbabit sekiranya mereka didapati bersalah.

3. Pemuda AMANAH Negeri Johor juga mendesak pihak DOJ dan Kerajaan Malaysia mendedahkan siapa sebenarnya Malaysian Official 1. Ini kerana namanya disebut sebanyak 32 kali dalam laporan yang dikemukakan oleh DOJ. Ini menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia, mengapa MO1 membiarkan penyalahgunaan dana 1MDB ini sewenang-wenangnya sedangkan tujuan asal 1MDB diwujudkan adalah untuk membantu mengukuhkan ekonomi negara.

4. Pemuda Amanah Johor menyokong usaha Dato Husam Musa dan penguam Matthias Chang mewakili rakyat Malaysia menfailkan saman di Mahkamah Daerah Selatan New York, Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali duit rakyat Malaysia melalui 1MDB yang di rompak di sana.

5. Dalam masa yang sama, adalah difahamkan mahasiswa Malaysia telah bersama-sama menyusun satu himpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos 2016 di Dataran Merdeka. Pemuda AMANAH Negeri Johor menyokong usaha mahasiswa berhimpun di KL.

6. Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Johor menyeru semua rakyat Malaysia khususnya Negeri Johor yang perihatin terhadap perkembangan terkini negara, untuk sama-sama memberikan sokongan dan hadir dalam himpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos 2016. Ayuh tunjukkan solidariti kita.

*#TangkapMO1*
*#DemiMalaysia*
*#SelamatkanMalaysia*

Mahadzir Mat Zili
Ketua Pemuda
Pemuda Amanah Negeri Johor
Parti Amanah Negara (AMANAH)

18 OGOS 2016
Pejabat Amanah Negeri Johor,
No72-02, Jalan Pertama 1, Pusat Dagangan Danga Utama, 81300 Skudai, Johor
 — dengan Mahadzir Mat ZiliNoor Khalim SakibMuhamad Nur Ismaildan 19 yang lain.


0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena