Tuesday 23 August 2016

[Video] Kelab Penyokong PH: Waspada pengkhianatan Pas..."Mereka yakni PA$ (bukan Pas) merujuk pada situasi kepimpinan ‘lebai dedak’ pada masa ini".

Rabu, 24 Ogos 2016

Waspada pengkhianatan Pas, tegas penyokong Pakatan Harapan

Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya berhati-hati dengan Pas yang terkenal dengan sejarah pengkhianatan terhadap sesama rakan pembangkang.
Wakilnya, Othman Ismail berkata, tindakan Pas sebelum ini dalam pembahagian kerusi pada pilihan raya sehingga menyebabkan pertembungan parti pembangkang juga ditujukan kepada parti yang bernaung di bawah Pakatan Harapan.
“Mereka yakni PA$ (bukan Pas) dengan mudah langgar keputusan parti mereka sendiri serta perlekehkan konsensus parti-parti pakatan pembangkang,” ujarnya yang menganggap simbol ‘$’ itu merujuk pada situasi kepimpinan ‘lebai dedak’ pada masa ini.
Beliau yang juga dikenali sebagai Reformis CML berkata, pengkhianatan Pas pada PKR berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sehingga bertindih di tujuh kerusi.
“Tak cukup dengan tindan kerusi, demi halalkan perbuatan khianat tersebut lalu dituduhnya calon-calon rakan sebagai pengedar pil kuda dan terlibat dengan penyebaran ideologi komunis,” ujarnya.
Contoh lain, jelasnya, pengkhianatan Pas kepada Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang menyaksikan pertindanan kerusi di Terengganu dan Johor pada PRU 1990 sehingga berlaku kempen sulit bersama-sama Umno untuk mengalahkan S46.
“Apakah jaminan Pas tidak akan lakukan perkara yg sama jika pakatan pembangkang yang baru turut disertai Pas? Apakah keyakinan rakyat yang menyokong pembangkang tidak terjejas dengan penyertaan Pas?
“Apakah tidak mungkin berlaku sekali lagi pakatan pembangkang menjadi bertambah huru-hara dengan penyertaan Pas?” soalnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, mood rakyat untuk menyingkirkan Najib dan Umno dan berharap situasi itu bukan bertukar menjadi protes kepada pembangkang dengan beralih sokongan kepada BN semula.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena