Wednesday 24 August 2016

[Video] Untung Ruginya Kemunculan ‘Gagasan Sejahtera’ dan ‘Bersatu’...GAME OVER? Timbalan Pengarah FBI Mr. Andrew Mccabe yang menamakan#MalaysianOffial1 ialah Najib.

Khamis, 25 Ogos 2016

NAMA NAJIB RAZAK DISEBUT SECARA RASMI sebagai#MalaysianOfficial1
oleh Timbalan Pengarah FBI !!!!!!

Hari ini bermulalah detik hitam bagi MO1 apabila sebanyak 53 organisasi media antarabangsa yg telah membuat liputan besar-besaran mengenai kes perbicaraan saman sivil DOJ terhadap syarikat 1MDB, Antara yang dipanggil untuk membela diri termasuklah Riza Aziz anak tiri kepada Malaysian Official 1 (Najib Razak) dan Jho Low.
(23/08/16) Media ABC yang berpusat di Sydney melaporkan bahawa Timbalan Pengarah FBI Mr. Andrew Mccabe yang menamakan#MalaysianOffial1 ialah Najib Razak turut akan dipanggil juga sebagai saksi utama dan sekali lagi DOJ akan menetapkan tarikh yang sesuai bagi menghantar surat rasmi kepada wisma putra.

Kemunculan ‘Gagasan Sejahtera’ dan ‘Bersatu’

Banyak yang telah dan sedang berubah dalam suasana politik negara. Yang ada dahulu, pada PRU ke 13, sudah tiada dan yang tiada dahulu sudah ada. Startegi politik mesti berubah seiring dengan perubahan keadaan dan suasana. Keinginan untuk terus dengan sesuatu strategi dan pendekatan sedangkan suasana dan keadaan telah berubah merupakan punca kegagalan ramai pimpinan sepanjang sejarah manusia.

Dan inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh mana-mana pemimpin. Cabaran menangani dan mengurus perjuangan melalui strategi yang anjal dan realistik dalam suasana yang sentiasa berubah. Sememangnya ianya sukar dan sangat mencabar. Dan di situ diujinya kemampuan kepimpinan. Pemimpin mesti mempunyai ketajaman minda yang mampu memahami suasana dan persekitarannya. Mampu juga mengenali tindakan untuk mengatasi keadaan dan suasana yang sedang berubah dan berani pula mengambil risiko.

Namun risiko yang telah dipertimbangkan untung ruginya dan kemungkinan kejayaannya terlebih dahulu, bukan mengambil risiko secara rempuh membabi buta. Orang Inggeris sebut “calculated risk”.

PENUBUHAN ‘GAGASAN SEJAHTERA’ (GS)

Antara yang baharu adalah penubuhan Gagasan Sejahtera oleh PAS. Ianya merupakan gabungan dan kerjasama politik yang didominasi PAS. Ini sahaja corak gabungan dan kerjasama yang sanggup disertai PAS dewasa ini. Ia itu gabungan yang didominasinya. PAS sekarang tidak mampu bersama atas kedudukan sama-rata. Ia mesti dominan kerana dianggap dirinya ‘mewakili Islam’ dan mana mungkin Islam diletakkan dikedudukan yang sama.

Pendekatan ini merupakan pendekatan yang mengikut acuan BN di mana UMNO mendominasi BN. Maka sepertimana UMNO mendominasi gabungan dan kerjasama yang ditubuhnya, begitu juga PAS mesti mendominasi gabungan dan kerjasama yang ditubuhkan PAS. Isu dominasi ini penting dan merupakan kunci kepada memahami pemikiran PAS dewasa ini.

Melalui penubuhan GS secara sekali gus dizahirkan minda pimpinan PAS dewasa ini. Pendekatan baharu yang tidak selari dengan cara pemikiran Pakatan. Pakatan mementingkan ‘kata-sepakat’ atau ‘konsensus’, PAS mementingkan dominasi. Gabungan yang didominasi PAS mesti menjadi pengganti kepada gabungan yang didominasi UMNO. Yang penting Melayu Islam kekal dominan. Maka sekiranya tidak mampu BN diganti dengan gabungan yang didominasi PAS, maka mengekalkan BN yang didominasi UMNO adalah lebih baik. Walaupun sarat dengan rasuah dan penyelewengan. Yang penting Melayu Islam kekal dominan.

Melalui penubuhan ini juga dipertegaskan lagi keinginan PAS untuk memimpin dan mewujudkan Blok ke-tiganya. Ianya tindakan yang jelas menampakkan sikap ingin semakin menjauhkan diri dari Pakatan Harapan. Tidak boleh dita’wilkan atau ditafsirkan sebaliknya. Tidak boleh terus menipu diri bahawa PAS ingin bersama ‘pembangkang’. PAS bukan ‘pembangkang’. Walaupun disebut sebaliknya oleh beberapa pimpinannya. Hakikatnya, tindakan lebih boleh dipercayai dari kata-kata atau “action speaks louder than words”.

KEADILAN DAN BLOK KE-TIGA

PAS menjemput Keadilan bersamanya kerana diyakini Keadilan sanggup ‘didominasi’ PAS. PAS melihat bahawa walaupun berulang-kali dikhianati PAS, Keadilan tetap ingin bergantung pada PAS. Pimpinan PAS sentiasa mengingatkan Keadilan bahawa merekakononnya tidak empunya jentera yang kuat, asas perjuangan yang jelas dan tiada sokongan yang padu. Keadilan, mengikut pandangan PAS, hidup atas ehsan PAS dan oleh itu diyakini akan menerima dominasi PAS. Keadilan bertanding di mana PAS benarkan dan tidak akan sanggup bertanding di mana PAS larang. Atas sebab itu maka baru-baru ini diumumkan bahawa PAS “membenarkan Keadilan bertanding di Kelantan”. Itu contoh sikap ‘dominasi’ PAS.

Saya yakin ini semua sekadar andaian PAS. Sebenarnya Keadilan, seperti Amanah dan DAP, tidak akan menerima ‘dominasi PAS’ atau mana-mana parti. Kami hanya menerima dominasi ‘ide dan prinsip’ bukan individu atau kelompok. Oleh itu kami tidak akan bersama Blok ketiga dan akan terus kukuhkan Pakatan Harapan.

Suasana di mana Blok ketiga sedang dimunculkan merupakan perubahan besar dalam suasana politik negara berbanding suasana sebelum PRU 13. Semasa sebelum sahaja PRU ke 13, Pakatan Rakyat bersatu. Keadaan satu lawan satu, pada ketika itu, merupakan satu strategi yang mungkin dilaksanakan secara umumnya. Tetapi sekarang suasana sudah berubah. Apabila suasana berubah maka apa yang mungkin juga turut berubah. Samada ianya baik atau sebaliknya, menguntungkan atau merugikan, itu soal lain. Perubahan ini bukan yang diusahakan pembangkang maka tidak perlu kita mengeluh atau menuding jari. Ianya telah berubah maka tanganinya, jangan menafikan perubahan tersebut.

PENUBUHAN PARTI BERSATU

Satu lagi perkembangan baharu dalam politik negara adalah penubuhan BERSATU. Ianya parti untuk golongan pri-bumi, khususnya bangsa Melayu. Ianya mampu mendatangkan saingan sengit kepada UMNO.

Ada yang mendakwa parti berasaskan kaum seperti BERSATU tidak wajar diterima sebagai rakan oleh PH. Ini adalah kerana ianya parti yang bersifat rasis atau perkauman kerana keahliannya hanya untuk kaum pri-bumi, seperti UMNO. Hakikatnya, menjadikan sesuatu pertubuhan atau organisasi ‘rasis’ atau perkauman bukan berdasarkan keahliannya semata-mata. Kalau begitu maka persatuan-persatuan perniagaan Cina seperti ‘Chinese Chambers of Commerce’ boleh dituduh rasis, sepertimana juga ‘Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall’ dan ‘Persatuan Pendidik Cina’.

Yang menjadikan sesuatu pertubuhan ‘rasis’ bukan keinginannya untuk menyatukan dan membantu kaumnya, tetapi kebencian yang ditanam terhadap kaum lain. Pertubuhan rasis, dalam usaha untuk menyatu dan membantu kaumnya, akan menabur dan menanam kebencian terhadap kaum lain.

Ianya masih tidak jelas lagi samada BERSATU akan menggunakan kaedah rasis sepertimana sering digunapakai UMNO dan badan-badan tajaannya, maka oleh itu tidak perlu ditolaknya secara mentah-mentah. Bersatunya sesuatu kaum tidak semestinya atas kebencian terhadap kaum lain. Sesuatu kaum dan bangsa tetap boleh dibangunkan atas sifat kemulian dan kecintaan terhadap keadilan untuk semua.

Oleh itu, biar kita lihat terlebih dahulu samada BERSATU ingin memusnahkan minda Melayu melalui propoganda ‘rasis’ seperti yang dibuat UMNO atau sebaliknya membangunkannya melalui menghayati nilai-nilai mulia sejagat yang diperjuangkan kita bersama. Keadaannya sebagai parti rasis atau sebaliknya masih belum jelas. Yang jelas, dari saat ianya disebut akan ditubuhkan, adalah keadaan kecelaruan yang telah ditimpanya terhadap pimpinan UMNO. Potensinya untuk memberi alternatif kepada bangsa Melayu yang masih berada dalam ‘perigi buta kebangsaan Melayu ciptaan UMNO’ adalah satu kelebihan yang tidak boleh dinafikan sesiapa. Semoga mereka akan membawa keluar bangsa Melayu UMNO dari perigi buta itu dan diperlihatkan kepada mereka kebesaran Allah yang mencipta manusia dalam berbagai kaum dan bangsa, bukan untuk dibenci, tetapi untuk dikenali dan berinteraksi.

KESIMPULAN

Cabaran kita bersama, khususnya pimpinan PH, adalah untuk memahami perubahan yang sedang berlaku dan merancang bagaimana mengurusnya ke arah mencapai kemenangan dalam PRU ke 14. Yang menguntungkan perlu dimanfaatkan sambil yang merugikan perlu ditangani secara berkesan untuk meminimakan impak negatifnya. Tiada makna kita terus berpegang kepada satu ilusi bahawa keadaan adalah seperti sebelum PRU ke 13 dan kita terus sahaja sepertimana semasa itu sedangkan suasana sudah jauh berubah.

Artikel ini telah diterbitkan dalam Akhbar Amanah Edisi 13.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena