Monday 29 August 2016

[Video] Tangkap MO1 organisers plans 'Jelajah Mahasiswa' roadshow...Tangkap MO1 diteruskan!

Isnin, 29 Ogos 2016

Tangkap MO1 diteruskan dengan siri jelajah siswa

Tidak terhenti pada himpunan Sabtu lalu, mahasiswa meneruskan kempen Tangkap MO1 di seluruh kampus bermula di UM, September ini.
Himpunan Tangkap Malaysian Official 1 yang menyaksikan kehadiran lebih 2,000 peserta, Sabtu lalu akan diteruskan dengan kempen penerangan isu semasa negara di seluruh kampus.
Jurucakap Gabungan Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, 'Jelajah Siswa Tangkap MO1' tersebut akan diadakan sebaik bermula semester baru, September ini.
"Kita mahu beri penerangan lanjut kepada mahasiswa yang mungkin tidak berpeluang mengikuti kempen Tangkap MO1 sebelum ini.
"Kami harapkan kerajaan menjalankan segera siasatan seterusnya menangkap MO1 dan hadapkannya ke muka pengadilan," ujarnya pada sidang media di Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu hari ini.
Ditanya Malaysia Dateline tentang lokasi pertama siri jelajah itu, beliau menjawab, Universiti Malaya (UM) akan menjadi tempat bermulanya aktiviti tersebut diikuti kampus lain termasuk IPTA dan IPTS.
Sementara itu, mengulas dakwaan pihak tertentu bahawa himpunan di Dataran Merdeka, Sabtu lalu kononnya diperalatkan pembangkang, Anis berkata, tuduhan itu tidak berasas dan hanya merendah-rendahkan keupayaan mahasiswa.
"Gabungan Tangkap MO1 adalah seratus peratus inisiatif mahasiswa tanpa paksaan daripada mana-mana parti politik dan pihak berkepentingan," tegasnya.
Beliau berkata, gerakan digembleng mahasiswa itu mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).
Sehubungan itu, pihaknya mengucapkan penghargaan kepada pasukan keselamatan seperti ARiF, Skuad AMK dan Dapsy serta kumpulan perubatan sukarela selain anggota polis kerana banyak membantu demonstrasi aman itu berjalan lancar.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena