Tuesday 23 August 2016

Malaysia dalam BAHAYA? Himpunan #TangkapMO1: Bersih tidak gentar dengan kehadiran baju merah.

Selasa, 23 Ogos 2016
Orang ramai dijemput hadir

Himpunan #TangkapMO1: Bersih tidak gentar dengan kehadiran baju merah

Bersih 2.0 tidak gentar dengan kehadiran kumpulan 'baju merah' pro kerajaan untuk bersama hadir berhimpun semasa perhimpunan #TangkapMo1 Sabtu ini.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, tiada halangan untuk kumpulan baju merah berhimpun tetapi perlu tiada provokasi dan perlulah berhimpun secara aman.
"Jika baju merah yang datang, mereka boleh hadir, tetapi melakukannya dengan cara yang aman.
"Setiap orang berhak bersuara, tetapi secara aman. Kami telah melakukannya sebelum ini, jadi ia perlu menjadi norma mulai sekarang," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Beliau berkata Bersih 4, yang telah diadakan pada bulan Ogos tahun lalu, menunjukkan bahawa satu perhimpunan besar-besaran boleh diadakan secara aman, tanpa sebarang keganasan atau kejadian tidak diingini.
Bersih antara kumpulan yang akan bersama menyertai himpunan aman pada 27 Ogos ini yang dianjurkan oleh beberapa NGO belia untuk memberikan tekanan kepada individu yang dikaitkan dengan "Malaysia Official 1" oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam saman sivil jabatan itu berhubung penyalahgunaan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perhimpunan itu dijangka akan dimulakan di Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang.
Kumpulan baju merah diketuai Ketua Umno Bahagiaan Sungai Besar Datuk Jamal Yunos telah membayangkan untuk mengadakan himpunan pada hari sama untuk menentang kumpulan #TangkapMO1 di tempat dan masa yang sama.
Sebagai rekod Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka ekoran raptai hari kebangsaan, sebaliknya penganjur dan peserta diminta untuk berhimpun di Padang Merbok.
Namun hingga kini pihak penganjur masih bertegas akan mengadakan himpunan di luar kawasan Dataran Merdeka dan sekitarnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena