Wednesday 24 August 2016

[Video] Wanita muda Amanah akan berhimpun #TangkapMO1...Kenapa tak guna Interpol kesan Jho Low?

Rabu, 24 Ogos 2016


MASIH ANDA INGAT...

"Bahagian Interpol Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan Jho Low dan empat yang lain kerana tidak ada siasatan yang dibuat terhadapnya", kata TPM Ahmad Zahid Hamidi, 17/11/2015.

Kenapa tak guna Interpol kesan Jho Low atau 'mastermind' pembunuh Bill Kayong yang melarikan diri ke Australia ??

Tindakan haruslah 'standard' dlm selesaikan segala masalah...
Wanita muda Amanah juga kesal terhadap sikap tidak profesional polis dalam memberi kerjasama berhubung tempat himpunan.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Wanita muda Amanah juga kesal terhadap sikap tidak profesional polis dalam memberi kerjasama berhubung tempat himpunan.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

Wanita muda Amanah akan berhimpun #TangkapMO1

Wanita Muda Parti Amanah Negara menyokong penuh himpunan #TangkapMO1 anjuran anak muda dan mahasiswa di Dataran Merdeka pada 27 Ogos ini.
Ketua Protem Wanita Muda Nasional Anis Afida Azli berkata, mereka akan bersama-sama gabungan #Tangkap MO1 pada himpunan tersebut dan menyeru seluruh wanita muda turun menyatakan sokongan dan menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap "Malaysian Official 1".
“Tahniah kepada wanita muda, Anis Syafiqah dan rakan-rakan atas keberanian menganjurkan himpunan tanpa mempedulikan risiko di depan mata berhadapan dengan tindakan undang-undang dan universiti.
“Wanita muda harus berperanan dalam memikirkan masa depan negara kerana masa depan negara adalah milik anak muda,” katanya.
Beliau juga berkata, wanita muda kesal terhadap sikap tidak profesional polis dalam memberi kerjasama berhubung tempat himpunan.
“Seharusnya diutamakan keselamatan rakyat dan memberi kerjasama dengan pihak penganjur,” katanya.
Perhimpunan itu akan diadakan pada dua kawasan iaitu di Pusat membeli belah Sogo dan Masjid Negara.
Peserta merancang untuk berarak dari dua tempat itu ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang.
Ia bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa menangkap "Malaysia Official One" yang dinamakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat dalam tuntutan saman sivil berhubung dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena