Thursday 18 August 2016

[Video] ABESLAH... KALI INI! Dana 1MDB biayai empayar kelab malam di Las Vegas? Anak tiri Najib dipanggil bela diri di mahkamah AS minggu depan.

Khamis, 18 Ogos 2016


ABESLAH... KALI INI !!! Anak tiri Najib mula dipanggil bela diri di mahkamah AS minggu depan..
Biasanya kalau anak dibicarakan di mahkamah sudah tentu kaum keluarga terutama MAK BABAK MEREKA turut hadir ke mahkamah sbg motivasi & sokongan moral kpd anak mereka..
NAJIB, ROSMAH TAK NAK DATANG JENGUK KA PI AMERIKA BERI SOKONGAN MORAL KEPADA ANAK KAMU !!!.. atau KAMU takut nak terbang DAN JEJAK KAKI di Amerika...
riza-aziz-jho-low


Anak tiri perdana menteri, Riza Aziz dan jutawan Low Taek Jho, yang disebut dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap 1MDB, akan dipanggil membela diri pada 22 Ogos ini, menurut peguam Zainur Zakaria.
Zainur berkata Riza dan Jho Low serta beberapa nama lain yang disebut dokumen DOJ berpeluang mencabar tuntutan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang mahu merampas aset mereka.
“Kalau mereka tidak tampil ke mahkamah, mahkamah akan beri perintah untuk membolehkan kerajaan AS merampas aset-aset ini. Tetapi sekiranya mereka tampil ke mahkamah, mereka boleh lawan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Zainur merupakan peguam penasihat kepada bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam saman mereka terhadap Riza, Jho Low dan bank Goldman Sachs di Amerika Syarikat, memohon memohon ganti rugi atas kecurian wang daripada 1MDB.
Zainur bagaimanapun tidak yakin mereka akan hadir ke mahkamah bagi membela diri.
“Siasatan dari asas tuntutan itu dijalankan oleh FBI, siasatan mereka memang rapi dan teliti. Saya tidak fikir peguam kerajaan AS akan memfailkan tuntutan jika tidak cukup bukti kerana maruah negara itu akan menghadapi risiko,” ujarnya.
DoJ memfailkan saman untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB.
Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang didakwa disalah guna dan aset lain termasuk rumah mewah, hasil seni, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood “The Wolf of Wall Street” terbitan syarikat Riza.
Menurut Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch, sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion milik rakyat Malaysia dicuri.
Zainur berkata Husam dan Matthias mempunyai ‘local standi’ (asas) memfailkan tuntutan saman terhadap individu yang didakwa melarikan wang 1MDB.
“Duit yang mereka ambil ini melalui urusan transaksi di bank AS. Dalam kes 1MDB bukan sahaja urusan bank di AS, aset yang mereka beli adalah kebanyakannya di sana.
“Oleh itu, mahkamah AS ada bidang kuasa untuk bertindak sebab aset hasil duit ini berlaku di Amerika atau bertempat di Amerika,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena