Monday 22 August 2016

[Video] Nawawi mohon maaf pada Agong & Mahasiswa beri amaran ..."Rakyat Malaysia dah tahu SIAPA SEBENARNYA PENYANGAK #MO1 itu".

Isnin, 22 Ogos 2016

Sudah pasti rakyat Malaysia dah tahu SIAPA SEBENARNYA PENYANGAK #MO1 itu..

Di manakah MO1 itu sekarang ??!!


Mahasiswa beri amaran kepada pentadbiran universiti

Pentadbiran universiti awam (UA) diingatkan agar tidak menyekat kebebasan bersuara mahasiswa termasuk menyertai himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (#TangkapMO1), Sabtu ini.
Presiden Student Unity Front (SUF), Asheeq Ali berkata, tindakan menghalang mahasiswa menyertai himpunan aman tersebut merupakan penafian hak asasi manusia.
Mengulas sekatan pentadbiran UiTM Seri Iskandar terhadap kumpulan kempen #TangkapMO1, beliau berkata, mereka hanya mahu menyampaikan pidato.
"Apa yang Dita sangat Naib Canselor UiTM sehingga tutup pintu pagar, buat sekatan lalu lintas dan bina benteng polis bantuan di hadapan UiTM?
"Kami mengecam tindakan tersebut yang jelas bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan," ujarnya pada sidang media di Restoran Amjal depan Universiti Malaya (UM) hari ini.
Inisiatif mahasiswa
Sementara itu, jurucakap Gabungan Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, penangkapan tiga mahasiswa tersebut tidak sedikit pun menjejaskan semangat mereka untuk berhimpun di ibu negara.
"Tiga mahasiswa ditahan, ribuan mahasiswa akan bangkit. Himpunan aman ini adalah 100 peratus inisiatif mahasiswa dan bukan didalam mana-mana pihak termasuk parti politik," ujarnya dalam sidang media sama.
Menurut penuntut UM itu, pihaknya menyambut baik semua pihak tanpa mengira latar belakang politik untuk mendesak supaya 'Malaysian Official 1' yang dinamakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS), Julai lalu ditangkap.
"Kami juga menyeru agar kumpulan Ali Tunku turut bersama kami untuk menangkap MO1 dan mohon agar tidak menganggu gugat himpunan tersebut," ujarnya lagi.
Sabtu yang lalu, tiga orang aktivis siswa yang menjalankan sessi penerangan mengenai perhimpunan #TangkapMO1 yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini ditahan dan digari oleh pihak polis di Seri Iskandar. Mereka dibawa ke mahkamah dan telah dikenakan tahanan reman selama tiga  hari.
Dua kumpulana aktivis mahasiswa hari ini, menyatakan pendirian mereka agar pihak pentadbiran universiti tidak menghalang mahasiswa mengadakan himpunan #TangkapMO1 pada Sabtu ini.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Dua kumpulana aktivis mahasiswa hari ini, menyatakan pendirian mereka agar pihak pentadbiran universiti tidak menghalang mahasiswa mengadakan himpunan #TangkapMO1 pada Sabtu ini.- Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena