Monday, 29 August 2016

[Video] Najib kawad kaki? Ali Tinju, Rani Kulup demo depan balai! Betul tak betul! Betul!...Betul tak betul!...Betul2 Biol?

Isnin, 29 Ogos 2016



Image result for Gambar MO1


Ali Tinju, Rani Kulup demo depan balai

    Kumpulan pendesak prokerajaan Gerakan Merah berkumpul di depan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.
    Dipimpin ketuanya Mohd Ali Baharom, atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju, mereka membantah “kegagalan” polis menangkap kumpulan pelajar yang menganjurkan perhimpunan mendesak tindakan terhadap Malaysian Official 1 (MO1), Sabtu lalu.
    Katanya, keadaan sekarang menggambarkan kewujudan sebuah badan keselamatan yang lemah.
    “Kita sudah buat laporan polis kerana polis tidak tangkap mereka,” kata Mohd Ali hadir bersama sekumpulan penyokong, kepada pemberita.
    Ali menyifatkan tindakan itu sebagai pilih bulu.
    Turut hadir 'raja repot polis' Abdul Rani Kulup bersama penyokongnya.
    Kumpulan pelajar menganjurkan himpunan itu bagi mendesak tindakan terhadap MO1 yang disebut berkali-kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat, untuk menyita aset berkaitan 1MDB.
    Polis menganggarkan kira-kira 2,000 orang hadir dalam himpunan dan perarakan di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur itu.
    MO1 antara didakwa mendapat manfaat daripada wang berpunca daripada 1MDB, selain anak tiri perdana menteri Riza Aziz dan hartawan Jho Low.
    Pembangkang mendakwa MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak. Bagaimanapun pemimpin BN menafikan dakwaan salah laku beliau.
    Ali pada Sabtu lalu telah memberikan 'kata dua' kepada polis itu ketika menuntut tangkapan dibuat dalam tempoh 48 jam.
    Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena