Tuesday 23 August 2016

[Video] Salor Tegak Berdiri...Husam Akan Sertai AMANAH Hujung Bulan Ini.

Selasa, 23 Ogos 2016

Salor Tegak Berdiri 

Salor Tegak Berdiri 
Salor dah lama menangis, 
Menangis sendiri di dalam hati, 
Tiada siapa yang tahu, 
Tiada siapa peduli, 
Penistaan tanpa kenal batas sahabat, 
Cercaan dan hinaan, 
Tuhan sahaja yang mengerti, 
Salor dicincang, 
Bagai kita tidak pernah berkawan, 
Amanah ku dan rakyat Salor dikhianati, 
Engkau bersuka ria atas keperitan kami, 
Hati mu berisi keangkuhan 
Salor terlalu kerdil, 
Disepak diterajang segala ruang dan peluang, 
Mulut mu berbau permusuhan seakan tidak padam, 


Hari ini, 
Izinkan Salor bangkit Meneruskan sisa sisa perjuangan, 
Walau berbekal sekeping papan, 
Ombak dan lautan, 
Seizin Tuhan, 
Tetap ku harungi, 
Tangisan silam, 
Ku lipat dalam kenangan 
Moga Tuhan kekal memberkati. 
Salor Tegak Berdiri 


Husam Musa 
Kuala Lumpur 
22 Ogos 2016 

ULASAN GB 

GB dimaklumkan dari sumber yang boleh dipercayai bahawa Datuk Husam Musa akan mengumumkan penyertaannya ke Parti Amanah Negara (AMANAH) hujung bulan ini. 

Dengan pengumuman penyertaan Datuk Husam ke dalam AMANAH maka terhentilah fitnah dan lemparan tuduhan kononnya "AMANAH pun tak terima Husam" seperti yang dicanaikan oleh mereka yang memusuhi kedua-duanya, Husam dan AMANAH. 

Mudah-mudahan penyertaan Datuk Husam ke dalam AMANAH juga akan menguatkan diri Husam untuk terus membela rakyat Salor sekaligus memperkukuhkan AMANAH khususnya di Kelantan. 

TAKBIR!!! 
Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena