Monday 29 August 2016

[Video] PAS: 'UMNO tak ada hak cakap pasal Melayu' & AMANAH: Rasuah, ketirisan dan himpitan ekonomi rosakkan Melayu.

Isnin, 29 Ogos 2016

Rasuah, ketirisan dan himpitan ekonomi rosakkan Melayu, kata Pemuda Amanah
Shazni Munir Mohd Ithnin berkata kedudukan ekonomi orang Melayu tidak akan terpinggir seperti pada masa ini jika tidak berlakunya rasuah dan ketirisan.

Rasuah, ketirisan dan himpitan ekonomi rosakkan Melayu, kata Pemuda Amanah

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan masalah utama orang Melayu pada masa ini adalah jenayah rasuah akibat sikap sebahagian pemimpin yang tidak jujur dan amanah.
Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kedudukan ekonomi orang Melayu tidak akan terpinggir seperti pada masa ini jika tidak berlakunya rasuah dan ketirisan.
“Kita mahu Melayu yang macam mana? Kita mahu Melayu yang tidak kisah tentang rasuah? Kita mahu Melayu yang tidak rasa apa-apa dengan angka RM42 bilion (hutang ditanggung 1MDB)?” bidasnya dalam forum, “Politik Malaysia: Di Mana Melayu?” di Shah Alam hari ini.
Shazni berkata, sesiapapun yang menjadi pemimpin perlu mengamalkan prinsip integriti dalam sistem bernegara di negara ini.
“Soalnya bagaimana kita menyedari rasuah itu satu dosa besar terutama ‘skrip’ dalam kalangan orang Melayu. Sebab rasuah negara jahanam, sebab rasuah tamadun jatuh.
“Soal beri atau terima rasuah tidak kiralah sama ada RM2.6 bilion mahupun RM10, (kedua-duanya) tetap rasuah,” jelasnya lagi dalam wacana dengan Nazri Kahar dari Astro Awani sebagai moderator.
Turut menjadi panel Ketua Srikandi PKR, Senator Aishah Shaik Ismail; Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii serta 1/7 Pengasas Parti Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena