Sunday 28 August 2016

[Video] "Kalau ada demo tiap-tiap tahun lagi ok"...Kita jumpa dalam #Bersih5 nanti!

Ahad, 28 Ogos 2016

Kalau ada demo tiap-tiap tahun lagi ok, kata peniaga

 | August 27, 2016
Seorang peniaga aiskrim yang ditemui FMT, Hafiz Saad memberitahu keuntungan hari ini membolehkannya berehat selama seminggu.
KUALA LUMPUR: Perhimpunan #TangkapMO1 nampaknya membuka peluang perniagaan dan menjadi lubuk pendapatan kepada peniaga di sekitar Dataran Merdeka, khususnya.
Pengusaha Restoran Rohani yang terletak bertentangan Dataran Merdeka bersyukur selepas himpunan hari ini berjaya mengumpul keuntungan luar biasa iaitu RM2000 dalam tempoh tiga jam perhimpunan dimulakan sebentar tadi.
Pemiliknya Rohani Taufir Muhamad akui terkejut dengan sambutan hari ini selepas pertama kali menerima kunjungan pelanggan yang ramai dalam tempoh singkat sejak tiga tahun dia mengusahakan restoran itu.
“Restoran kami dibuka sejak jam 7 pagi hingga 7 malam tetapi sesak sejak jam 2 petang hinggalah sebentar tadi apabila himpunan bersurai. Biasanya kami hanya mengumpul keuntungan harian RM500, tetapi hari ini ia meningkat empat kali ganda,” katanya.
“Kalau macam ini gayanya, setiap hari berdemonstrasi pun tak mengapa. Boleh untung besar selalu,” tambahnya.
Dalam pada itu, seorang peniaga aiskrim yang ditemui FMT, Hafiz Saad memberitahu keuntungan hari ini membolehkannya berehat selama seminggu.
“Seronok dapat jumpa ramai orang dan aiskrim pun laku. Dalam tempoh beberapa jam ini sahaja saya sudah mengumpul keuntungan bersih kira-kira RM400,” katanya.
Hafiz berkata, tiap kali ada acara seperti konsert atau demonstrasi di sekitar Kuala Lumpur, dia akan membuka perniagaannya.
“Saya dapat tahu tentang himpunan ini di Facebook. Bila ada acara yang mengumpulkan orang ramai, maka ia adalah masanya untuk orang seperti saya menambah pendapatan,” katanya.
FMT.

Parti Amanah Negara telah menambah 11 foto baru
20 jam
Nota Penghargaan (AMANAH)
TERIMA KASIH KEPADA SELURUH PETUGAS & DEMONSTRAN
Saya merakamkan sepenuh penghargaan dan terima kasih kepada sekalian petugas (ARiF,KANUN dan Medic Team) serta seluruh demonstran yang berhabis wang ringgit dan masa untuk sama-sama menjayakan Himpunan #TangkapMO1 kali ini.
Semoga terus kuat, berjiwa muda dan cekal menghadapi hari-hari mendatang. Kita jumpa dalam #Bersih5 nanti!
Shazni Munir Mohd Ithnin
Naib Ketua Pemuda @ Pengarah Mobilisasi Pemuda AMANAH

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena