Sunday 21 August 2016

Solidariti depan IPD Seri Iskandar malam ini! 'Bebaskan 3 mahasiswa ditahan'...POLIS PALSUKAN MAKLUMAT?

Ahad, 21 Ogos 2016

Bebaskan 3 mahasiswa ditahan, solidariti depan IPD Seri Iskandar malam ini

Sany Hamzan mengajak bersama bersolidariti menuntut pembebasan mahasiswa yang masih ditahan
Sany Hamzan mengajak bersama bersolidariti menuntut pembebasan mahasiswa yang masih ditahan
Pemuda Amanah nasional menyeru semua pihak untuk bersolidariti bersama tiga mahasiswa di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Iskandar tepat jam 8 malam ini.
Ketua pemuda Amanah nasional, Sany Hamzan mengajak seluruh organisasi-organisasi anak muda, badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik dan seluruh rakyat bersama bersolidariti menuntut pembebasan ketiga-tiga mahasiswa yang masih ditahan.
Menurutnya, penahanan reman tiga orang mahasiswa pagi ini dengan dinafikan hak untuk diwakili peguam jelas mencabuli hak mereka sebagai warganegara.
"Pemuda Amanah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan menuntut agar ketiga-tiga mahasiswa tersebut dibebaskan segera," katanya.
Polis kata beliau, perlu profesional dalam sebarang tindakan penguatkuasaan undang-undang.
"Mengelirukan peguam dengan maklumat tidak betul dan menyembunyikan maklumat sebenar lokasi permohonan reman awal pagi tadi sama sekali tidak boleh diterima," katanya yang juga seorang peguam.
Beliau berharap polis memberikan kerjasama penuh kepada para peguam.
"Tindakan kebudak-budakan seperti ini tidak hanya menjejaskan imej, bahkan memberikan persepsi umum bahawa polis berpihak kepada kleptokrasi," katanya.


Ketiga-tiganya dibawa ke pondok polis bantuan UiTM dan tidak dibenarkan bertemu sesiapa sebelum dibawa ke IPD
Kenyataan Media
BEBASKAN SEGERA 3 MAHASISWA, SOLIDARITI RAKYAT DEPAN IPD SERI ISKANDAR
Penahanan reman 3 orang mahasiswa pagi ini dengan dinafikan hak untuk diwakili peguam jelas mencabuli hak mereka sebagai warganegara. Pemuda AMANAH mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan menuntut agar ketiga-tiga mahasiswa tersebut dibebaskan segera.
Polis perlu profesional dalam sebarang tindakan penguatkuasaan undang-undang. Mengelirukan peguam dengan maklumat tidak betul dan menyembunyikan maklumat sebenar lokasi permohonan reman awal pagi tadi sama sekali tidak boleh diterima.
Polis sewajarnya memberikan kerjasama penuh kepada para peguam. Tindakan kebudak-budakan seperti ini tidak hanya menjejaskan imej, bahkan memberikan persepsi umum bahawa polis berpihak kepada kleptokrasi.
Pemuda AMANAH menggesa solidariti bersama 3 mahasiswa di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Iskandar tepat jam 8 malam ini. Seluruh organisasi-organisasi anak muda, badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik dan seluruh rakyat digesa bersolidariti menuntut pembebasan ketiga-tiga mahasiswa yang masih ditahan.
SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
21 Ogos 2016
Parti Amanah Negara telah menambah 2 foto baru
5 jam
PEMUDA AMANAH PERAK KESAL POLIS PALSUKAN MAKLUMAT
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak polis yang tidak memberikan maklumat yang tidak berhubung proses reman tiga orang mahasiswa yang ditahan semalam. Mereka ditahan kita mengadakan roadshow Himpunan‪#‎TangkapMO1‬ di UiTM Kampus Seri Iskandar, Perak.
Pada jam 9.1 0 pagi, saya menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Iskandar bertanya tentang tiga orang mahasiswa yang ditahan itu, IPD memaklumkan mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk permohonan reman. Susulan makluman itu, saya bersama rakan-rakan mahasiswa mahasiswa bersama peguam bergegas ke mahkamah.
Pada jam 11.17 pagi saya sekali lagi menghubungi IPD, mereka menegaskan memang benar ketiga-tiga mahasiswa itu dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh. Jam 11.35 pagi, IPD mengesahkan sekali lagi makluman tersebut.
Sebaik tiba di Mahkamah Majistret Ipoh, kami dimaklumkan bahawa ketiga-tiga mahasiswa tiada disitu seperti yang dimaklumkan. Peguam meminta majistret menghubungi sendiri IPD Seri Iskandar untuk mengesahkan perkara sebenar. IPD memaklumkan perkara sebenar kepada majistret yang mana ketiga-tiga mahasiswa tersebut telah selesai dibicara di Mahkamah Batu Gajah tanpa diwakili peguam.
Mahkamah memutuskan mereka ditahan reman selama tiga hari.Mereka ditahan atas Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 447 Pencerobohan Jenayah.
Kami sangat kecewa apabila menerima khabar tersebut sedangkan peguam telah bersedia di Mahkamah Majistret Ipoh untuk mewakili tiga mahasiswa itu. Pihak polis tidak sepatutnya memalsukan maklumat sebenar kepada pihak kami. Sewajarnya pihak polis memberikan kerjasama sebaik mungkin sejajar dengan prinsip ketelusan yang sewajarnya didokong oleh agensi kerajaan.
Kami mengajak seluruh anak muda untuk sama-sama turun ke IPD Seri Iskandar jam 8.00 malam ini bagi menyatakan solidariti kepada tiga pejuang rakyat ini!
#TangkapMO1
KHAIROL NAJIB HASHIM
Naib Ketua,
Pemuda AMANAH Negeri Perak

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena