Monday 22 August 2016

“Congrats my twin! #DatoLCW”...‘Kembar’ Chong Wei viral di media sosial

Isnin, 22 Ogos 2016



Bukankah ini melebihi tahap jurulatih dan pemain.

‘Kembar’ Chong Wei viral di media sosial

Ika Syazwani_Chong Wei
“Congrats my twin! #DatoLCW”
Status yang dimuat naik seorang pelajar wanita di facebook yang menjadi viral di laman sosial.
Paparan status tersebut menjadi viral di laman media sosial selepas netizen menyedari wajah Ika Syazwani seiras dengan Chong Wei.
“Siapa sangka orang ramai akan kata wajah saya seperti Datuk Lee Chong Wei. Mungkin ia kerana kami mempunyai struktur wajah yang sama,” kata Ika dipetik mStar.
Menurut Ika, dia mempunyai darah kacukan Cina daripada neneknya.
Imejnya juga pernah menjadi viral sejak 2013 dan dia kembali mendapat perhatian selepas Chong Wei meraih pingat perak di Olimpik Rio.
“Saya sentiasa ingin ketawa mengenai perkara ini kerana bagi saya segalanya amat kelakar. Saya tidak menjangka ia akan menjadi viral,” kata Ika.
Ika mengakui mengikut pertembungan final antara Chong Wei dan lawannya, Chen Long dari China dan memuat naik perkembangan terkini perlawanan suku akhir antara jaguh badminton negara itu dengan Lin Dan.
“Datuk Lee berada pada prestasi terbaiknya. Saya amat teruja, saya seperti berada di Rio. Malah perlawanan itu lebih menarik apabila Datuk Lee mara ke final. Saya berasa bangga,” katanya.
Selepas viral, Ika menerima banyak permintaan yang mahu menjadi rakannya di Facebook dan ada individu turut menghantar mesej bertanyakan nombor telefonnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena