Wednesday 24 August 2016

[Video] 'Kementerian Luar enggan kerjasama kes saman Altantuya'...Malaysia ramai ulama penghukum, tetapi tandus penentang korupsi.

Rabu, 24 Ogos 2016

'Kementerian Luar enggan kerjasama kes saman Altantuya'
Selepas hampir setahun kemukakan dokumen, tidak ada sebarang maklum balas daripada kementerian.

Patutler kes Altantuya senyap sekarang..


Image result for gambar altantuya
Saman sivil oleh keluarga Altantuya Shaariibuu yang difailkan terhadap pembunuhnya hampir sedekad lalu menemui jalan buntu setelah Kementerian Luar seolah-olah enggan memberi kerjasama.
Menurut peguam yang mewakili keluarga itu, kementerian tidak memberi maklum balas ke atas permintaan mereka untuk menyampaikan dokumen mahkamah kepada Koperal Sirul Azhar Umar, yang kini ditahan di Pusat Tahanan Villawood di Sydney, Australia.
Peguam Ram Karpal Singh yang juga anggota parlimen Bukit Gelugor berkata, mahkamah menghendaki saman yang dipinda itu disampaikan kepada Sirul sebagai salah seorang daripada responden dan perlu dilakukan menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia dan Kementerian Luar.
Image result for gambar altantuya

Malaysia ramai ulama penghukum, tetapi tandus penentang korupsi, kata Mat Sabu

Menyifatkan penentangan terhadap korupsi di negara ini masih perlahan, Mohamad berkata umat Islam khususnya menunggu ulamak yang lantang menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah persis Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan juga Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong.

“Umat Islam kaya dengan ulama-ulama yang menghukum, yang menggelarkan kumpulan-kumpulan yang tidak sealiran sebagai munafik, liberal, pengkhianat, khadam dan lain-lain perkataan jelik lagi.

“Sedangkan, rakyat menunggu mereka yang muncul untuk memimpin seperti Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad, skandal terbesar negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah tidak menjadi rahsia umum apabila didedahkan oleh banyak pihak termasuk Sarawak Report dan Department Of Justice (DOJ), Amerika Syarikat.

Malah kata beliau, nama "Malaysia Official One" iaitu Perdana Menteri Malaysia bersama tiga yang lain terdedah dengan begitu jelas sekali sehingga Malaysia kini digelar negara "Kleptocracy" iaitu negara yang diperintah oleh perompak dan pencuri.

Bagaimanapun kata Mohamad, sehingga kini belum ada ulama yang lantang menyatakan kritikan dan penentangan terhadap salah laku ini.

“Menjelmalah orang seperti ini untuk menjadi ikutan rakyat supaya kita dapat menentang segala bentuk korupsi.
“Kami dahagakan ulama-ulama seperti itu, bukan ulama yang menghukum seperti sekarang ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena