Thursday 18 August 2016

Pribumi Bersatu Akan Pertahan Lim Guan Eng Dalam Kes Rasuahnya.

Khamis, 18 Ogos 2016
muhyiddin_guan_eng
Pribumi Bersatu Akan Pertahan Lim Guan Eng Dalam Kes Rasuahnya
Jurucakap parti Pribumi Bersatu hari ini mengesahkan bahawa parti itu akan menjadi antara barisan hadapan dalam mempertahankan Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng di Mahkamah berhubung 2 pendakwaan rasuah yang dihadapi beliau.

Menurut jurucakap yang berkenaan, sebagai bekas Menteri Kabinet dan orang nombor dua dalam kerajaan dan UMNO, Presiden Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tahu memang ada yang tidak kena dengan pendakwaan tersebut dan akan menyampaikan maklumat berkaitan kepada pasukan guaman Guan Eng.
Manalah tahu jika maklumat ini boleh membantu kerana kes ini sudah dicanangkan mempunyai unsur-unsur konspirasi peringkat tinggi sekalipun dalam urusan penjualan rumah dan pertukaran status tanah yang dipertikaikan, tidak ada mana-mana pegawai kerajaan persekutuan yang terlibat.
Pakatan Harapan akan mendapat malu besar jika gagal membuktikan kes ini adalah satu konspirasi politik, malah lebih teruk lagi dianggap sebagai pembohong.
Tapi dengan maklumat dari Muhyiddin ini mungkin pasukan guaman Guan Eng dapat menjadikan kes ini satu konspirasi politik seperti mana yang diwar-warkan sekarang.
Sememangnya sebelum ini, amat sukar untuk menjadikan kes ini satu konspirasi politik.berikutan ketiadaan hubungan dengan sesiapa dari kerajaan persekutuan berikutan semua urusan adalah melibatkan Guan Eng dan penjual (rumah) dan urusan kerajaan negeri (tanah).
negara pakatan rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena