Saturday 20 August 2016

'Himpunan Tangkap MO1 akan diteruskan di Dataran'...Tema Hitam & Putih.

Sabtu, 20 Ogos 2016



'Himpunan Tangkap MO1 akan diteruskan di Dataran'

Himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 akan diteruskan di tempat yang dicadangkan di Dataran Merdeka, walaupun pihak polis menyatakan bahawa ia tidak dibenarkan diadakan di sana.
Jurucakap kumpulan itu, Anis Syafiqah Md Yusof berkata mereka tidak terkejut dan sudah menjangka ketua polis negara akan memberi respons sedemikian.
"IGP telah menghukum hak rakyat untuk berhimpun secara aman, walaupun perhimpunan belum berlaku. Ini mencabuli hak perlembagaan.
"Kami mahasiswa dan anak muda tekad untuk meneruskan himpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos ini di Dataran Merdeka," kata Anis dalam satu kenyataan.
Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan membenarkan perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka kerana pihak penganjur tidak mendapat kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL telah berkata ia tidak akan meluluskan permintaan penganjur perhimpunan itu untuk berkumpul di Dataran Merdeka, dan sebaliknya mencadangkan ia diadakan di Padang Merbok.
Sementara itu, Anis bertanya sama ada Putrajaya akan membenarkan perhimpunan itu diadakan di hadapan Pejabat Perdana Menteri.
"Sudah pasti tidak. Jika parameter tidak mendapat kebenaran pemilik tempat dijadikan alasan untuk menghalang himpunan, ini hanya helah untuk selama-lamanya perhimpunan diharamkan," katanya.
Anis berharap pihak polis dapat memberi kerjasama agar perhimpunan itu dapat berjalan dengan aman.
"Dan kami juga akan memberikan kerjasama yg sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjayakan himpunan ini," katanya
Malaysiakini.

2 comments:

F i Z e T a said...

Biz terhebat, terpantas dan termudah menjana keuntungan. Hanya dari rumah shj. Promote, komen, tag...$$$$Duit masuk akaun sendiri..
Info lanjut whatsApp saya 0108003023

F i Z e T a said...

Biz terhebat, terpantas dan termudah menjana keuntungan. Hanya dari rumah shj. Promote, komen, tag...$$$$Duit masuk akaun sendiri..
Info lanjut whatsApp saya 0108003023

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena