Monday 21 May 2018

[Video Tahniah, YB Mat Sabu Nervous Katanya "Saya Tetap Dengan Gaya Mat Sabu"] Mohamad Sabu terima tabik hormat di Kementerian Pertahanan.

Selasa, 22 Mei 2018

Mohamad Sabu terima tabik hormat di Kementerian Pertahanan



Mohamad Sabu terima tabik hormat di Kementerian Pertahanan

Mohamad memeriksa barisan kehormat sempena hari pertama beliau di Kementerian Pertahanan hari ini.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan petang kelmarin disambut oleh pegawai kanan kementerian itu hari ini apabila beliau masuk untuk melaporkan diri.
Beliau menerima Kawalan Kehormat Utama (KKU) dari tiga pegawai dan 103 lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama, Rajimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Juniusabdiah Shah Putra bin Janny.
Turut hadir dimajlis sambutan ini adalah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Afandi Raja Mohamad Noor, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul rahim Mohamad Radzi, panglima-panglima perkhidmatan dan pegawai kanan tentera yang lain.
Mohamad yang memakai sut berwarna biru gelap dengan songkot hitam kemudiannya memeriksa barisan kehormat yang menyambut ketibaan beliau.
Beliau mengangkat sumpah jawatan di depan Yang Dipertuan Agung lewat petang semalam bersama 12 lagi rakannya termasuk timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismai.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pemilihan Mohamad sebagai Menteri Pertahanan 13 Mei lalu bersama-samanya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Mohamad menang dengan majoriti besar, iaitu sebanyak 71,142 undi di Parlimen Kota Raja, Selangor.
Beliau mendapat 90,697 mengalahkan calon Pas, Mohamed Diah Harun 19,555 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), V Gunalan pula 17,874 undi.
Turut menang dalam PRU 14 lalu adalah 10 lagi pemimpin AMANAH di samping ramai lagi yang menang di peringkat negeri.
AMANAH ditubuhkan pada 2015 selepas 18 pemimpin kanan Pas ditolak oleh parti itu dengan kempen paling tidak sihat dan pengundian yang dibuat menggunakan cai.
Ketika Pas bersendirian, AMANAH bersama-sama PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Harapan yang kemudiannya di sertai oleh Bersatu pumpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bersalam dengan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Rajka Mohamed Affandi selepas menandatangani buku kemasukan ke Wisma Pertahanan.
Sidang media pertama bersama KSU dan Panglima Angkatan Tentera.
Sebagaimana biasa, Mohamad penuh ceria walau dimana beliau berada. Ia turut dibawa ke Wisma Pertahanan hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena