Friday 14 September 2018

[Video Daim Kata Anwar Hantar Budak Hentam Dr Mahathir? BERSATU PD 'haramkan' Rafizi-Abdullah Sani kempen] 'Mereka siapa nak senarai hitam saya di Port Dickson?'

Sabtu, 15 September 2018

'Mereka siapa nak senarai hitam saya di Port Dickson?'

Anggota Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid tidak goyah dengan tindakan BERSATU Port Dickson yang 'menyenaraihitamkannya' daripada turun berkempen di PRK Port Dickson nanti.
Abdullah berkata beliau akan tetap berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK itu.
"Nak halang saya, hebatkah mereka itu? Mereka siapa nak blacklist saya? Saya tak mahu layan.
"Sabah dan Sarawak pun saya turun, takkan Port Dickson - sebelah kawasan saya - tidak. Insya-Allah saya akan turun," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Hari ini BERSATU Port Dickson berkata mereka mengalu-alukan Anwar untuk bertanding tetapi tidak dapat menerima Rafizi dan Abdullah yang telah menuduh Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin mahu menjatuhkan Anwar.
Penyelaras BERSATU bahagian itu Ramli Awang berkata pihaknya tidak dapat menjamin sokongan lebih 2,000 anggota parti itu jika kedua-duanya datang berkempen nanti.
Abdullah membangkitkan bekas menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang sekian lama mengkritik Mahathir dan kini menyuarakan hasrat berkempen untuk Anwar.
"Nazri yang dulu balun Mahathir habis-habisan dan kini kata nak kempen untuk Anwar. Tak ada pula isu? Kalau nak tegur sedikit pun tak boleh, tak betullah," katanya.
Pada bulan lalu Abdullah mencetuskan kontroversi selepas menuduh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpakat dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin untuk menghalang Anwar menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri, seperti yang telah dipersetujui.
Tindakan itu dikaitkan dengan persaingan antara Rafizi dan Azmin dalam pemilihan PKR yang akan bermula tidak lama lagi. Abdullah dilihat sebagai salah seorang pemimpin parti yang menyokong Rafizi.
Selepas bertemu Anwar, beliau akhirnya memohon maaf kepada Mahathir kerana melibatkan namanya dalam perkara itu.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena