Thursday 13 September 2018

[Video Jangan ingat saya cakap slogan kosong saja] 'Stolen' 1MDB Funds! JOHN MALOTT: Skandal 1MDB lebih buruk daripada yang dijangkakan.

Jumaat, 14 September 2018

Foto Suara Rakyat.
Dari mana RM2.97 bilion dalam akaun Najib ?

Polis mendapati sejumlah AS$972 juta disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjadi perdana menteri.

Polis berkata nilainya bersamaan RM2.973 bilion. Tetapi ia berdasarkan kadar tukaran ketika transaksi itu berlaku iaitu daripada 2012 hingga 2013.

'Stolen' 1MDB Funds:
https://pages.malaysiakini.com/1mdb/en/

Skandal 1MDB lebih buruk daripada yang dijangkakan

Seperti sebahagian besar pembaca Malaysiakini, saya mengikuti skandal 1MDB selama bertahun-tahun - bukan hanya di Malaysiakini, tetapi juga di laman web Sarawak Report yang dikendalikan oleh Clare Rewcastle-Brown, di The Edge (sebelum perdana menteri ketika itu Najib Razak cuba menutupnya), dan melalui The Wall Street Journal serta The New York Times.
Jadi saya tidak fikir saya akan mengetahui banyak apabila saya mendapat salinan awal buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World'. Saya fikir saya tahu keseluruhan cerita isu itu.
Tetapi saya silap.
Buku yang secara rasminya akan dipasarkan di Amerika Syarikat dan Malaysia pada 18 September, ditulis oleh Tom Wright dan Bradley Hope dari akhbar The Wall Street Journal. Hasil laporan mereka mengenai 1MDB sejak beberapa tahun lalu menyaksikan mereka menjadi finalis untuk Hadiah Pulitzer, anugerah kewartawanan paling berprestij Amerika.
Laporan berita mengenai 1MDB sepanjang sedekad lalu didedahkan sedikit demi sedikit.
Tetapi 'Billion Dollar Whale' mendedahkan semuanya dalam susunan kronologi dan menerangkan segala-galanya, termasuk butiran kewangan, dalam bahasa Inggeris cukup jelas.
Ia menambah banyak maklumat baru kepada pelaporan sebelum ini. Terima kasih kepada sumber-sumber mereka, kita dapat memahami apa perancangan Jho Low, Najib, Rosmah Mansor, dan banyak watak-watak utama lain dalam skandal kewangan terbesar abad ke-21 ini.
Adalah jelas bahawa penulis mempunyai sumber yang sangat rapat dengan Jho Low. Seorang disebut sebagai "MS" - Malaysia Source" (Sumber Malaysia). Mereka juga mempunyai akses kepada rakaman perbualan telefon dan ribuan e-mel.
Penulis menghuraikan secara terperinci dan menarik bagaimana Jho Low, dengan kerjasama Najib secara diam-diam berjaya mencuri lebih dari AS$5 bilion dari 1MDB - dan oleh itu dari rakyat Malaysia. Jho Low meletakkan Malaysia di peta dunia, tetapi atas sebab-sebab yang salah.
Najib dalam buku itu digambarkan tidak cekap dan tidak peduli untuk mengetahui butiran urusniaga - selagi beliau mendapat wang untuk tujuan politik, dan selagi isterinya, Rosmah, gembira dan mendapat apa yang dirinya mahukan.
Beliau menyedari Jho Low mencuri, tetapi tidak tahu berapa jumlahnya. Bagi Rosmah, apa yang paling penting adalah beg dan barangan kemas bernilai jutaan dolar, yang dibiayai oleh wang yang dicuri dari 1MDB.
Terdapat beberapa adegan lucu dalam buku ini, iaitu ketika Rosmah memilih barangan kemas, yang semuanya dibayar dengan wang yang dicuri oleh Jho Low. Penulis juga bercakap tentang Imelda Marcos dan 1,100 pasang kasut yang ditemui selepas Ferdinand Marco digulingkan di Filipina.
Tetapi jika setiap sepasang kasut bernilai AS$1,000 masih terdapat soalan satu juta dolar. Polis Malaysia berkata bahawa nilai "rampasan" yang diserbu daripada kediaman berkaiatn keluarga Najib berjumlah lebih AS$273 juta.
Bukti kukuh
Kedua-dua penulis bekerja untuk The Wall Street Journal, yang bersama-sama dengan The New York Times adalah salah satu akhbar terbesar di Amerika. Kamu ntidak akan melaporkan sesuatu yang kontroversial melainkan jika peguam-peguam itu telah meneliti segala-galanya secara terperinci.
Justeru, jika kamu membaca 'Billion Dollar Whale', kamu tahu bahawa kamu membaca sesuatu yang disokong oleh bukti kukuh. Para peguam telah meneliti setiap perkataan. Pada akhir buku, mereka mengucapkan terima kasih kepada lima - ya, lima - peguam yang memeriksa manuskrip mereka.
Selepas membaca buku ini, saya membuat beberapa kesimpulan.
Pertama, Jho Low mesti dibawa ke muka pengadilan, sama ada di Malaysia atau Amerika Syarikat.
Dua, Najib dan Rosmah jelas harus berdepan dengan keadilan terhadap rakyat Malaysia.
Tambahan pula terdapat ramai lagi di Malaysia dan di seluruh dunia yang terlibat dalam membenarkan jenayah ini dilakukan ke atas rakyat Malaysia.
Bagi saya, persekongkolan Najib dan Rosmah serta semua kroni mereka tidak dapat diragui. Mereka bukan sekadar menipu rakyat Malaysia, tetapi untuk mencemar reputasi negara di seluruh dunia.
Ketiga, sebagai rakyat Amerika Syarikat, saya sedih dan juga bangga. Sedih bahawa terdapat beberapa bank dan firma undang-undang di Wall Street yang begitu tamak - lebih mementingkan yuran dan keuntungan mereka daripada etika dan undang-undang. Mereka membantu dan bersubahat dengan Jho Low, sebagai tukaran mendapatkan bayaran.
Tetapi saya juga sangat bangga bahawa kerana pada akhirnya, birokrat yang dibayar dengan gaji yang rendah di Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) dan Jabatan Keadilan di Washington DC yang meranapkan semua komplot mereka dan memberi kepercayaan kepada wartawan seperti Wright dan Hope.

JOHN MALOTT adalah bekas duta besar AS ke Malaysia.
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pendapat peribadi pengarang / penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena