Thursday 11 October 2018

[Video Jangan beri peluang kepada TIKUS MONDOK] Ceramah GRAND FINALE, penutup tirai kempen PRK PD! SPRM beku akaun pemimpin kanan parti politik Kelantan? Jengg..jengg..agak2 akaun siapa tu yer? Xpe kite tunggu dan lihat!

Jumaat, 12 Oktober 2018
Foto Otai BERSIH.
Jengg..jengg..agak2 akaun siapa tu yer..??. Xpe kite tunggu dan lihat..
Otai BERSIH

SPRM beku akaun ahli politik Kelantan

Artikel ini diterbitkan 
Akaun bank milik seorang pemimpin kanan parti politik di Kelantan dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Portal Utusan Malaysia Online yang memetik sumber melaporkan tindakan berkenaan adalah berhubung siasatan salah guna dana 1MDB yang membabitkan pengaliran dana bernilai jutaan ringgit sebelum pilihan raya umum lalu.
Menurut sumber, akaun itu dipercayai antara 408 akaun bank yang menerima dana daripada akaun 1MDB.
“Akaun milik ahli politik yang memegang jawatan penting dalam parti baru sahaja dibekukan baru-baru ini dan lebih banyak akaun akan dibekukan,” kata sumber itu yang dipetik oleh portal berkenaan.
Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB membekukan sebanyak 408 akaun bank melibatkan dana RM1.1 bilion daripada akaun-akaun milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 26 dan 29 Jun 2018 lalu.
Akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu serta 55 buah syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB.
Task Force menyiasat 1MDB ditubuhkan pada 21 Mei lalu dan dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas ketua pengarah operasi SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas timbalan pengarah cawangan khas polis Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.
Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini akaun parti itu tidak mengalami sebarang gangguan atau dibekukan.
Musuh politik PAS sebelum ini turut mendesak siasatan terhadap parti itu kerana didakwa menerima RM90 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebahagiannya dikatakan merupakan wang 1MDB.
Ia susulan artikel dalam portal Sarawak Report pada Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima dana berkenaan sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena