Sunday 21 October 2018

[Video MALAYSIA TERUS MARA di bawah kepimpinan Tun M] KENAPA GELOJOH SANGAT? Dedak Umno dah abes ka...MB Terengganu cakap lain, Presiden cakap lain? Jadi kot mana & Dr M: Kita banteras rasuah dengan tukar k'jaan.

Isnin, 22 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
MB Terengganu cakap lain.. Presiden cakap lain...
Diharap Presiden PAS rujuk dulu MB Terengganu sebelum buat dakwaan mengarut sementara saman k'jaan Kelantan terhadap Petronas isu royalti yang difailkan pada tahun 2010 masih berjalan di mahkamah..
KENAPA GELOJOH SANGAT..? dedak Umno dah abes ka...

Dr M: Kita banteras rasuah dengan tukar k'jaan

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gejala rasuah yang dilihat berleluasa sebelum ini telah dapat ditangani oleh kerajaan baharu pimpinan beliau sehingga masyarakat kini sudah kurang bercakap mengenainya.
Perdana menteri berkata ini kerana orang ramai termasuk syarikat dan peniaga sekarang boleh berurusan dengan kerajaan tanpa melibatkan elemen rasuah.
"Kita dapati cakap-cakap mulut dan komplen dari syarikat dan peniaga bahawa kerajaan (terpalit) rasuah tak kedengaran lagi. Dan kalau kita pergi ke luar negara tiada lagi orang bertanya, eh apa jadi kepada negara kamu?
"Ini kerana apabila kita menukar kerajaan (sebelum ini) kita sekali gus sudah banteras rasuah. Rasuah sudah hampir tidak ada kerana orang takut dengan undang undang yang kita gubal (dan dikuatkuasakan)," kata perdana menteri.
Dr Mahathir berkata demikian dalam temu bual khas yang disiarkan stesen televisyen Astro Awani.
Dr Mahathir menyifatkan usaha yang dilakukan kerajaan bagi memerangi rasuah telah membawa kepada kejayaan yang besar.
Beliau menegaskan jentera pentadbiran kerajaan juga telah dibersihkan daripada pegawai-pegawai yang didapati tidak menjalankan tugas yang diamanahkan sebaliknya disyaki melakukan penyelewengan dengan cuba mencari keuntungan buat diri sendiri.
"Kita sudah singkirkan orang macam ini dan kalau kita dapati ada unsur jenayah maka tindakan akan diambil terhadap mereka," katanya.
Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan perlu memastikan bukti kukuh diperoleh sebelum membawa mana-mana kes rasuah melibatkan orang politik atau bukan politik ke mahkamah.
"Kita nak buat sekali (dakwa semua sekali) tak mampulah kerana setiap satu kes mesti diselidik supaya kita ada bukti jelas yang boleh diterima mahkamah...sebab itu kita tumpu kepada (kes) yang penting dulu dan yang lain akan disusuli kemudian bila kita dapat maklumat dan bukti yang cukup," kata Dr Mahathir.
Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena