Sunday 21 October 2018

[Video Apalah orang teksi ni! Tun Belum Habis Cakap Lagi Kau Dah Menyampuk? PM berdepan pemandu teksi BIADAP] PERJIWA membuatkan PM berasa kecil hati! 'Aku' dah kata dah, Spesis Talam-Double-Sided ni yg buatkan rakyat marah bile masukkan TAIK2 Umno ni dlm PH! Persatuan teksi dakwa perjumpaan dengan Dr M 'disabotaj'.

Isnin, 22 Oktober 2018

TAIK2 Umno? (bulatan merah di bawah)
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Spesis Talam-Double-Sided ni yg buatkan rakyat marah bile masukkan Taik2 Umno ni dlm PH..
Otai BERSIH
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Betullah org kata PH menang Umno senang,
pangkah BN pun dpt jawatan dn mcm2 offer dlm PH. Yg korg sokong separuh mati dpt apa?

Persatuan teksi dakwa perjumpaan dengan Dr M 'disabotaj'

Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa Malaysia) tidak menolak unsur sabotaj dalam kejadian beberapa individu yang dilapor bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu sesi dialog yang diadakan bersama perdana menteri di Langkawi.
Pengerusi persatuan teksi itu, Zailani Isaisuludin berkata individu yang menimbulkan kekecohan itu bukan anggota persatuan mereka.
"Saya pun tidak kenal mereka, mungkin mereka diupah pihak tertentu untuk buat kacau di dalam perjumpaan dengan perdana menteri hari ini.
"Oleh itu saya menyangkal keras bahawa Perjiwa membuat perdana menteri berasa kecil hati. Itu bukan tindakan Perjiwa Malaysia. Itu adalah tindakan segelintir yang diupah oleh pihak tertentu untuk merosakkan keharmonian majlis yang diadakan pada hari ini," katanya seperti dilapor Astro Awani.
Beliau juga berkata bahawa pihaknya sudah memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas program itu dan berharap agar pemandu teksi yang terlibat dalam membuat kekecohan turut melakukan perkara sama.
Menurut laporan media, pemandu teksi tidak berpuas hati apabila Dr Mahathir tidak mahu memberi jaminan akan menghapuskan perkhidmatan e-hailing, Grab.
Dr Mahathir bagaimanapun berkata kerajaan akan mencari jalan agar Grab akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan dan membayar insurans serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan yang adil.
“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam kabinet. Saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.
“Saya akan usaha lagi, saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan Grab, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi,” kata Dr Mahathir.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena