Sunday 21 October 2018

[Video Cucu 'MENGAMUK' datuknya kena tangkap & Atuknya 'MENANGIS' kerana atuk dah tua] Guan Eng bidas pengerusi DAP Melaka 'keras kepala'.

Ahad, 21 Oktober 2018

Image may contain: 1 person, text

Guan Eng bidas pengerusi DAP Melaka 'keras kepala'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew sebagai keras kepala kerana enggan memohon maaf berhubung isu penerimaan gelaran 'datuk'.
Lim dipetik Berita Harian sebagai berkata bahawa dua pemimpin DAP yang lain sudah berbuat demikian.
"Mereka adalah ADUN Bemban Wong Fort Pin (Melaka) dan Anggota Parlimen Sandakan Stephen Wong.
“Tinggal (pengerusi DAP Melaka) sahaja nampaknya masih keras kepala. Saya tidak suruh pulangkan (pingat), hanya minta maaf secara terbuka dan secara peribadi,” katanya dipetik sebagai berkata.
Lim yang juga menteri kewangan itu mengeaskan bahawa pemimpin DAP perlu mengutamakan khidmat kepada rakyat berbanding gelaran seumpamanya.
“Ini sesuatu perkara yang tidak perlu hitam putih sebab semua faham. Kalau selepas tamat kerjaya politik, nak terima (pingat) tiada masalah,” katanya.
Tey yang merupakan anggota dewan undangan negeri (ADUN) Bandar Hilir bersama ADUN Bemban, Datuk Wong Fort Pin, dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Ulang Tahun ke-80 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.
Dua menteri DAP Sabah iaitu Datuk Stephen Wong dan Datuk Frankie Poon turut dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook berkata Negeri Sembilan telahpun membuat usul supaya tiada ahli atau pemimpin parti mencadangkan nama sendiri untuk dipertimbangkan menerima pingat.
Katanya, pendirian untuk tidak menerima sebarang pingat itu dibuat kerana mereka berpendapat belum layak.
“Kita bukan bersikap kasar (untuk menolak pingat), tetapi kita rasa wakil rakyat yang ada sekarang belum layak menerimanya.
“Layak bagi saya (bermakna) jika seorang wakil rakyat membawa imej baik kepada parti, sudah berkhidmat selama satu atau dua penggal dan membuktikan khidmat mereka,” katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena