Sunday 21 October 2018

[Video MCA seharusnya keluar dari BN] Masa KAU akan tiba Ahmad! Beri cuti dan gantung jawatan Presiden Umno atau biarkan beliau pergi ke kandang orang salah selaku Presiden Umno?

Ahad, 21 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
Foto Suara Rakyat.
Sebab UMNO dah takda kuasa lah... dulu korang ingat korang Tuhan, boleh buat apa saja...
Masa UMNO berkuasa, korang hanya berani cekup 'ikan bilis' shj, jerung korang tak berani nak sentuh & cekup..
Kini bila PH berkuasa, kami bertindak cekup jerung2 terlebih dahulu, kmudian baru ikan bilis sampailah ke anai-anai nya nanti..
#MatlamatTidakMenghalalkanCara

SIA-SIA PERTAHANKAN ZAHID HAMIDI, UMNO WAJAR ADAKAN PEMILIHAN SEMULA

Ada dua pendapat berhubung kedudukan Presiden UMNO, Zahid Hamidi selepas beliau didakwa di mahkamah atas 45 pertuduhan berkaitan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram.

Satu pendapat mahukan beliau diberi cuti atau jawatannya sebagai Presiden UMNO digantung sehingga beliau menyelesaikan kesnya di mahkamah.

Ini adalah amalan biasa yang dilakukan UMNO sejak sekian lama di mana siapa saja pemimpin parti yang didakwa di mahkamah, jawatannya akan digantung dan dipangku oleh pemimpin yang berada di bawahnya.

Peraturan itu dilakukan bagi menjaga nama baik UMNO agar tidak terkait dengan mana-mana pemimpin yang didakwa di mahkamah.

Satu lagi pendapat mahukan Zahid Hamidi terus memegang jawatan Presiden UMNO atas alasan segala pertuduhan yang dihadapinya itu adalah bermotif politik semata-mata.

Kata mereka, selain pendakwaan itu lebih bertujuan untuk melemahkan UMNO, Zahid Hamidi juga baru saja memegang jawatan Presiden UMNO beberapa bulan yang lalu.

Dengan itu, tambah mereka, memberi cuti atau menggantung jawatan Zahid Hamidi adalah tidak logik kerana beliau terlalu baru memegang jawatan itu.

Jadi, apa yang sebaiknya?
Beri cuti dan gantung jawatan Presiden UMNO yang dipegang oleh Zahid Hamidi atau biarkan beliau terus memegang jawatan tersebut dan pergi ke kandang orang salah di mahkamah selaku Presiden UMNO?

Dari segi pertuduhan yang dihadapi oleh Zahid Hamidi, dapat dilihat bahawa ia adalah kes yang jelas, mudah dan sama sekali tidak sukar, tetapi barangkali susah untuk membela diri.

Lantaran itu, sukar untuk mengatakan pertuduhan itu semata-mata bermotif politik atau bertujuan untuk melemahkan UMNO, kecuali jika Zahid Hamidi benar-benar dapat membuktikan beliau tidak terlibat sama sekali dalam semua pertuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram itu.

Dari segi UMNO pula, adalah membuang masa saja jika mereka terus berpendirian mahu mempertahan dan membela Zahid Hamidi kerana masyarakat secara umumnya lebih mudah mempercayai apa yang terkandung dalam pertuduhan itu berbanding apa jua pembelaan di kemudian hari.

Hakikatnya, tiada ada lagi yang dapat dipertahankan tentang Zahid Hamidi berkaitan 45 pertuduhan yang sedang dihadapinya itu.

Meskipun memberi cuti atau menggantung jawatan adalah amalan yang biasa dilakukan UMNO sebelum ini, tetapi dalam kes Zahid Hamidi dan dalam usaha membawa UMNO keluar daripada imej buruk berkaitan rasuah dan mengumpul kekayaan, langkah itu jelas tidak lagi memadai.

Ini kerana jika Zahid Hamidi digantung jawatannya, pemimpin yang akan memangku jawatan Presiden UMNO ialah Mohamad Hassan yang sekarang adalah Timbalan Presiden UMNO.

Seperti mana yang bukan rahsia lagi, Mohamad Hassan masih ada kes terdahulu di SPRM berkaitan tindakannya beberapa tahun sebelum ini menghantar wang tunai RM10 juta ke London melalui pengurup wang untuk tujuan membeli hartanah di sana.

Jika dulu kes beliau dilindungi kerana BN yang memerintah negara, apakah tidak mustahil ia kini akan dibuka semula selepas ini dan beliau juga bakal dibawa ke mahkamah untuk diadili?

Apa akan jadi kepada UMNO jika selepas memangku jawatan Presiden parti, Mohamad juga akhirnya dibawa ke mahkamah atas dakwaan rasuah atau pengubahan wang haram?

Tidakkah sekali lagi UMNO akan menerima nasib malang?
Dengan itu, memberi laluan kepada Mohamad Hassan memangku jawatan Presiden UMNO bukanlah langkah yang selamat untuk masa depan parti itu.

Lagi pula, Mohamad Hassan hanyalah seorang Adun dan tidak pernah dalam sejarah UMNO selama ini seorang yang bukan Ahli Parlimen menjadi Presidennya.

Realitinya UMNO mesti dipimpin oleh seorang yang menjadi Ahli Parlimen kerana percaturan utama yang diperjuangkan ialah untuk mentadbir negara melalui jawatan Perdana Menteri.

Langkah yang paling praktikal dan tepat ialah selain Zahid Hamidi mesti diundurkan daripada jawatannya, MT UMNO juga wajar membuat keputusan agar pemilihan pucuk pimpinan diadakan semula sebagaimana yang disarankan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Melalui pemilihan semula itu, perwakilan UMNO boleh memilih seorang pemimpin yang benar-benar bersih, berwibawa dan diyakini sebagai Presiden dengan matlamat untuk membina dan menjulang semula nama parti.

Calon yang sesuai boleh jadi Tengku Razaleigh Hamzah, Khairy Jamaluddin, Hishammuddin Hussein atau sesiapa saja yang dirasakan layak, berwibawa serta bersih untuk menerajui UMNO.

Tetapi awas, bagi pemimpin yang tuan punya badan tahu ada pekung, kurap dan kudis berselerakan di badan sendiri ketika menjadi menteri sebelum ini, lebih baik awal-awal tidak menawarkan diri kerana jika jenis itu yang menerajui UMNO,  ia pasti akan  sekali lagi mengundang petaka kepada parti itu.

UMNO wajib memilih pemimpin yang benar-benar bersih yang tidak ada kes lampau yang buruk untuk menerajui parti itu jika ingin diterima semula oleh rakyat pelbagai kaum dan lapisan di negara ini. (ShahbudinHusin 21/10/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena