Sunday 14 October 2018

[Video MP Pasir Salak Kecoh & Bertelagah dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi] Kertas putih Felda akan dibentang di Parlimen, kata menteri.

Isnin, 15 Oktober 2018

Kertas putih Felda akan dibentang di Parlimen, kata menteri

Kerajaan akan membentangkan kertas putih berkenaan kedudukan kewangan Felda pada sidang Parlimen kali ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata kertas putih itu yang kini di peringkat akhir antara lain akan menggariskan usaha kerajaan untuk memulihkan pentadbiran dan kewangan agensi itu.
"Dengan langkah ini, kerajaan percaya kedudukan sebenar Felda dan langkah pemulihannya akan dapati dikenal pasti dan mendapat perhatian ahli-ahli Yang Berhormat," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Ia akan menjadi kertas putih pertama yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Kertas putih terakhir yang dibentang adalah berhubung perancangan kerajaan untuk menangani ancaman militan Islamic State di negara ini, pada 2014.
Sementara itu, Azmin juga memaklumkan hutang yang ditanggung Felda dengan institusi kewangan setakat Jun lalu adalah RM8 bilion.
Namun, katanya, kerajaan kini sedang berusaha untuk menstrukturkan semula pinjaman agensi itu yang mungkin boleh mengurangkan hutangnya kepada RM6.5 bilion menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata, Felda juga akan menjual sejumlah asetnya, termasuk hotel di London, untuk mengurangkan hutang.
Pentadbiran Felda terdahulu juga pernah berkata akan menjual aset, termasuk Grand Plaza Serviced Apartments di London pada tahun lalu, tetapi tiada perkembangan berkenaan proses penjualannya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena