Wednesday 10 October 2018

[Video Najib Minta Gabung Dengan PH & Pas perlu berdamai dengan pembangkang, kerajaan] Ahli 3 juta Umno pun takut bertanding, ape ke heynya ahli sikit (Pas), TAK TAU LAH! Salafi Jihadi - tak mahu ke pejabat mufti sebab ada perempuan.

Rabu, 10 Oktober 2018


Image may contain: one or more people and text

Mahathir Mohamad - Blue Suit

Salafi Jihadi - tak mahu ke pejabat mufti sebab ada perempuan

Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau sendiri pernah menyuarakan kebimbangan tentang pusat pengajian Islam yang terlibat dengan penangkapan suspek Salafi Jihadi, namun dimaklumkan tiada apa-apa yang mencurigakan.
"Dulu, masa sebelum saya kembali menjadi mufti, dalam mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) saya tanya pandangan ketua polis Perlis tentang sekolah itu, tetapi pada masa itu polis beritahu tak ada apa-apa.
"Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan pendekatan mereka, tetapi tak ada isu untuk kita tutup. Kalau diikutkan, banyak lagi sekolah yang tidak ikut peraturan MAIPs termasuk sekolah PAS, tetapi kita tak tutup," katanya dalam rakaman video yang dikongsikan di halaman Facebook.
Beliau menceritakan pendekatan sekolah itu yang disifatkannya sebagai keras dan sempit, antaranya pelajar perempuan hanya belajar dengan mendengar suara daripada mikrofon kerana mereka diasingkan di bangunan lain.
"Sebahagian daripada mereka tak mahu ke pejabat mufti sebab ada perempuan. Pernah mereka ke sini semasa kita kuliah, mereka membantah penggunaan kamera video di dalam masjid yang dikatakan haram.
"Itu pendekatan yang mana agama tak kenal. Pada zaman nabi, banyak kejadian yang menunjukkan perempuan dan lelaki itu berada dalam satu majlis.
Lepas tapisan polis
"Kita bagitahu mereka, dah nak amalkan begitu, buat di tempat itu sajalah, jangan bawa keluar dari sekolah itu. Ekstremis itu satu hal, tetapi teroris itu satu hal yang lain pula," tambahnya lagi.
Tambah Asri, biarpun tidak bersetuju dengan pendekatan mereka, bukanlah bidang tugas MAIPs untuk melabelkan orang lain sebagai pengganas sesuka hati.
"Sebab itu saya ada minta pihak polis buat penelitian dan tapisan kepada semua pelajar warga asing, baik yang mahu belajar atau yang sedang belajar di Pelis.
"Kalau lepas tapisan, baru kita benarkan belajar di sini," katanya.
Asri turut melahirkan kekecewaannya terhadap dakwaan bahawa sekolah tersebut disokong oleh MAIPs kerana pernah menerima bantuan daripada MAIPs.
Menjawab tuduhan itu, bantuan itu bukan bantuan berkala dan ada masanya hampir semua sekolah mendapat bantuan termasuk yang tidak mendapat kelulusan MAIPs.
"MAIPs mengamalkan satu pendekatan yang sangat sederhana. Isu ni tak ada kaitan dengan MAIPs.
"Kita tak ada masalah. Kalau betul-betul teroris, boleh tangkap, itu kerja polis. Dan boleh tutup pusat pendidikan itu jika terbukti terlibat dengan aktiviti keganasan," katanya lagi.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena