Friday 16 November 2018

[Video Pendakwaan 'Berprofil Tinggi', Rosmah Mansor, Tengku Adnan] Mat Sabu: Tak matang sebar gambar pemimpin 'berlakon sakit'.

Jumaat, 16 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Image may contain: 3 people, closeup
Kuat kak mah ni.. yg lain biasanya, masuk hospital dah.

Mat Sabu: Tak matang sebar gambar pemimpin 'berlakon sakit'

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin yang kini berdepan pendakwaan di mahkamah dengan menyatakan mereka 'berlakon sakit'.
Beliau berkata tindakan seperti itu tidak mencerminkan kematangan dalam berpolitik dan budaya sebagai rakyat Malaysia.
"Kita seharusnya mendoakan sesiapa sahaja yang sakit disembuhkan segera dan bukannya memperlekehkan mereka," kata Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan dalam kenyataan hari ini.
Gambar-gambar yang dipaparkan di media sosial itu menunjukkan bekas-bekas pemimpin berkenaan antara lain dalam keadaan terlantar di katil hospital dan ada yang menggunakan kerusi roda.
Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan menyerahkan kepada proses undang-undang dan mahkamah untuk bertindak secara bebas dan adil dalam menghakimi kes-kes berkenaan.
- Bernama
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena