Friday 11 January 2019

[Video Pertandingan 4 penjuru di PRK Cameron Highlands] Orang Asli bantu mencari kemenangan PH & Guan Eng jamin gaji tok batin tetap dibayar.

Sabtu, 12 Januari 2019
Foto Pakatan Harapan Supporters.
Orang Asli bantu mencari kemenangan PH.

Guan Eng jamin gaji tok batin tetap dibayar

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari memberi jaminan tok batin akan tetap menerima gaji dan tiada ugutan yang seharusnya dikenakan terhadap mereka.
Lim berkata demikian susulan kenyataan oleh Ahli Dewan Negara Pakatan Harapan (PH) Bob Manolan Mohd yang dikatakan mencadangkan agar gaji tok batin yang tidak menyokong PH tidak dibayar.
"Sudah tentu kita tidak setuju dengan (cadangan Bob Manolan) untuk tidak membayar gaji. Sebagai kerajaan, kita semestinya perlu bayar gaji.
"Jika wujud (ugutan), itu salah. Tidak seharusnya ada ugutan.
"Hanya kerana satu kenyataan - jika benar - ia tidak mewakili pendirian kerajaan persekutuan," kata Lim kepada Malaysiakini dan The Malaysian Insight ketika di temui di pusat penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands hari ini.
Lim turut memberikan contoh pinjaman RM22.5 juta kepada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS untuk membayar emolumen kepada penjawat awam dan kakitangan sementara tahun lalu.
"Meskipun mereka (PAS) membidas sata, saya masih kata saya akan bayar kerana ini bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main.
"Ini gaji penjawat awam, yang mereka guna untuk sara keluarga mereka.
"Jadi saya fikir komitmen kerajaan persekutuan bukan satu persoalan," katanya.
Ogos lalu, Kementerian Kewangan meluluskan pinjaman pendahulu RM22.5 juta kepada kerajaan Kelantan untuk membayar gaji penjawat awam.
Sementara itu, calon PH bagi PRK Cameron Highlands M Manogaran juga dilihat tidak ingin dikaitkan dengan kenyataan Bob Manolan.
"Saya akan menjarakkan diri dari kenyataan itu dan saya fikir dia (Bob Manolan) sudah membuat penjelasan," kata Manogaran selepas proses penamaan calon selesai.
Dalam kenyataan susulannya, Bob Manolan tampil menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini merujuk kepada tok batin yang mempunyai jawatan di dalam Umno.
Bob Manolan juga menafikan menyatakan ugutan berkenaan gaji tok batin.
"Dalam keseluruhan kenyataan saya, tidak pernah saya menyatakan amaran atau ugutan yang berbunyi tiada undi tiada bayaran, ataupun no vote, no pay," katanya.
Bagaimanapun, berdasarkan ramakan suara, Bob Manolan dapat didengar sebagai berkata "tak sokong, kita buang" dan mana batin-batin yang tak sokong kerajaan, kita tak bayar gaji dia. Betul! Jangan bayar gaji dia".
Beberapa tok batin yang bercakap kepada Malaysiakini selepas program itu menyatakan rasa marah dan kecewa berhubung kenyataan Bob Manolan.
Masyarakat Orang Asli mewakili 22 peratus pengundi Cameron Highlands. Berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini, Orang Asli dilihat memberikan undi kepada BN.
PRK Cameron Highlands akan diadakan pada 26 Jan ini.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena