Published on Sep 9, 2013
Sinopsis:
Keengganan polis membuat siasatan baru kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, menunjukkan sikap lepas tangan pihak berkuasa itu dalam memberi keadilan kepada mangsa.
Layari http://www.selangorku.com
malaysiakini.com
Polis Enggan Siasat Semula Kes Altantuya Untuk Tutup Jenayah !
Keengganan polis membuat siasatan baru kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, menunjukkan sikap tidak lepas tangan pihak berkuasa itu dalam memberi keadilan kepada mangsa.
“Mereka tidak minat untuk cari siapa yang bunuh Altantuya.
Nampaknya, Ketua Polis Negara (KPN) tidak endah ada pembunuhan walaupun jelas beberapa orang terlibat.
“Mereka tidak nampak keperluan untuk melihat siapa yang membunuh dan mendapatkan satu keadilan terhadap mangsa pembunuhan.
“Nampak sangat mereka lepas tangan, tak ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku, ini merupakan cara menutup jenayah,” kata Ketua Biro Guaman PKR, Latheefa Koya kepada TV Selangor.
KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyatakan siasatan baru tidak perlu dan mahu semua orang perlu menghormati keputusan mahkamah.
Latheefa menyifatkan, siasatan tidak profesional polis boleh memberi kesan terhadap sesuatu kes di mahkamah.
“Kerja polis tak mantap, tak complete (selesai) dan memberi satu penyiasatan yang tidak sempurna ke mahkamah.
“Sudah tentu mahkamah perlu melepaskan sesoerang itu kalau tak cukup bukti. Yang salahnya polis kerana siasatan tidak profesional,” katanya.
* Tiada Siasatan Semula Kes Altantuya, Kata Ketua Polis Negara
BY AFIX REDZUAN – SEPTEMBER 9, 2013
Kronologi Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu...
by FaPet @ Saturday, Apr. 11, 2009 – 23:26:08
Ogos 2006 Altantuya tiba di Malaysia bersendirian untuk berjumpa Abdul Razak.
6 Okt 2006 Altantuya tiba kali kedua di Malaysia bersama rakan dan saudaranya.
19 Okt 2006 Altantuya kali terakhir dilihat keluar dari Hotel Malaya, tempat penginapannya.
7 Nov 2006 Polis menemui cebisan daging dan pakaian mayat Altantuya di Puncak Alam, Shah Alam.
16 Nov 2006 Dua anggota UTK, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa membunuh Altantuya.
17 Nov 2006 Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul membunuh Altantuya.
23 Nov 2006 Abdul Razak mengaku tidak bersalah di mahkamah Tinggi dan dibenarkan bebas dengan bon jaminan lisan RM1 juta dengan dua penjamin atas alasan kesihatan.
5 Jan 2007 Abdul Razak dihantar semula ke Penjara Sungai Buloh selepas Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk K.N.Segara menolak permohonan lisannya.
18 Jun 2007 Perbicaraan kes bunuh Altantuya bermula.
18 Sept 2007 Pendakwaan menutup kes selepas 151 hari perbicaraan dan memanggil 84 saksi.
31 Okt 2008 Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat, manakala Azilah dan Sirul dipanggil membela diri membunuh Altantuya.
14 Nov 2008 Pendakwaan memutuskan tidak akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan pembebasan Abdul Razak.
15 Jan 2009 Azilah dan Sirul mula memberikan keterangan bela diri selama 7 hari.
17 Feb 2009 kedua-dua pihak selesai mengemukakan hujahan selepas 159 hari perbicaraan kes berjalan.
9 Apr 2009 Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati.
Azilah Dan Sirul Dibebaskan Dari Tuduhan Bunuh Altantunya
infolaju.com
0 comments:
Post a Comment