Thursday 5 September 2013

Datuk A Samad Said rela dilucut KERAKYATAN...Video Updated

Khamis, 5 Sept 2013
Pak Samad rela dilucut gelaran SN, kerakyatan
Published on Sep 5, 2013
Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said berkata beliau mengalu-alukan sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan pendesak agar gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada 1985 ditarik balik.

 Pak Samad rela dilucut gelaran Sasterawan Negara dan kerakyatan oleh Kerajaan BN
Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said berkata beliau mengalu-alukan sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan pendesak agar gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada 1985 ditarik balik.

Tidak cukup dengan itu, tokoh sastera itu berkata beliau juga tidak kisah jika kewarganegaraannya juga dilucutkan.

"Soal tarik balik anugerah Sasterawan Negara itu sangat bapak alu-alukan. Teruskanlah.

"Malah kalau ingin tarik balik warga negara saya pun, saya alu-alukan,” katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Kenyataan itu timbul ketika polis menggiatkan siasatan ke atas beliau, yang berucap dalam satu perhimpunan bersama individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.

Beliau juga mengulas desakaan yang timbul, seperti yang diulas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, agar gelaran tersebut ditarik balik.

Kumpulan berhaluan kanan Melayu PERKASA pula dilaporkan menuntut agar tindakan tegas dikenakan ke atas individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya.

Menurut NGO tersebut, individu berkenaan tidak layak menjadi warganegara Malaysia kerana perbuatan itu didakwa menghina bangsa dan negara.
Posted & copy by Rakyat Marhaen at 9/05/2013 03:53:00 PTG

DATUK A SAMAD SAID
SASTERAWAN RAKYAT
   
Menyebut nama Abdul Samad bin Muhammad Said, mungkin ramai kalangan kita tidak mengenalinya. Tetapi menyebut nama  Datuk A. Samad Said, ramai akan mengatakan, “oh, itu sasterawan Negara!”. Begitulah nama Datuk A. Samad Said cukup sinonim dengan dunia kesusasteraan Melayu. Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956). Beliau amat meminati penulisan kreatif sejak dari bangku sekolah rendah lagi dan akhirnya memasuki dunia penulisan ini sepenuh masa selepas menamatkan zaman pekerjaannya. Pencapaian dan sumbangan Datuk A. Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera. Tahun 1979 turut memberi erti pada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award).

Kemuncak pencapaian Datuk A. Samad Said sebagai sasterawan ialah apabila beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara 1985. Dalam bidang penulisan, Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A. Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran `Datuk’ dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.A. Samad Said turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.
Credited: Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
Hassan, Samad Said terima Anugerah Pejuang Bahasa PAS

Anugerah
Pada 29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.
1979,panel Anugerah Sastera
1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards)
Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira Bukit telah ditayangkan.
1993- Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.
1997 gelaran `Datuk’ oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka.



Karya
Salina,  : DBP 1961, 495 hlm.
Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103 hlm.
Sungai Mengalir Lesu, : Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. DBP , 1984, 137 hlm.
Di Hadapan Pulau,  : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm.
Adik Datang, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm.
Langit Petang, : DBP , 1980, 143 hlm.
Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.
Hujan Pagi, : DBP , 1992, 418 hlm.
Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.

Gerakan Mansuh PPSMI
Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.
Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.[1] Dalam kebanyakan majlis , beliau akan mendeklamasikan sajak berbau politik seperti di Dewan Majlis Perbandaran Kajang.
A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.
Bersih 2.0 2011
A Samad Said hadir semasa pelancaran Perhimpunan Bersih 2011
A Samad Said hadir semasa pelancaran Perhimpunan Bersih 2011
Beliau juga antara pemimpin Perhimpunan Bersih 2011. Pada 5 Julai 2011, Beliau bersama pengerusi Bersih Dato Ambiga Sreenevasan dan anggota jawatankuasa Zaid Kamaruddin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara ekoran kenyataan Agong agar Bersih dan kerajaan kembali ke meja rundingan[2]. Beliau mendeklamasikan sajak bertajuk 'Unggun Bersih' di Kuala Lumpur pada 19 Jun 2011. Sajak itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis kerana pengucapan puisinya.[3]
Bersih 3.0 2012
A Samad Said hadir semasa Perhimpunan Bersih 2012
A Samad Said hadir semasa Perhimpunan Bersih 2012
A. Samad Said juga menjadi pengerusi bersama Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012. Semasa perhimpunan itu, beliau 'terperangkap' di jambatan menghubungkan Pasar Seni dengan bangunan Dayabumi.[perlu rujukan]
Wikimedia Foundation




Warga Malaysia mula mengenal
penulis Salina

Buat A. Samad Said : Tiga kali salut untuk pak

Novel ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Siti Salina yang mengharungi hidup di Singapura selepas Perang Dunia Kedua di Singapura sekitar tahun 1960an. Dia menjadi pelacur untuk meneruskan hidup. Walaupun diselubungi kontrovesi kerana membela Fakar, teman lelaki yang sudah seperti suaminya, Salina juga berjiwa besar. Dialah yang tidak putus-putus-putus memberi semangat dan wang kepada Hilmi, watak sampingan utama di dalam novel ini, iaitu seorang pelajar bijak untuk terus menuntut ilmu. Hilmi yang tinggal bersama ibunya yang tua itu pula selalu mempertahankan Salina daripada umpatan dan cemuhan penduduk kampung. Akhirnya Salina insaf dan berusaha untuk mengubah diri. Bersama Hilmi dia merancang untuk memulakan sebuah perniagaan.

Secara keseluruhannya Salina mengisahkan tentang kehidupan masyarakat khususnya melayu selepas Perang Dunia Kedua di Singapura. Ia menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral dan keperitan untuk meneruskan hidup watak-wataknya selepas perang di sebuah kawasan yang dipanggil Kampung Kambing kerana rumah-rumah di situ asalnya adalah kandang-kandang kambing. Ia juga mengingatkan kita kepada kepentingan pendidikan sebagai alat untuk mengubah kehidupan kita seperti yang ditonjolkan pada watak Hilmi. Kisah Salina, saya percaya, adalah kisah kehidupan kita semua - yang tak semua putih dan tak semua hitam -tetapi kelabu.

Salina, sebuah karya terbaik A. Samad Said, yang sudah memenangi pelbagai anugerah ini, tidak diragukan lagi adalah antara karya agung Malaysia. Yang menariknya ialah Salina mendahului karya-karya lain pada zamannya. Ia sofistikated yang menawan dan mudah. Wajib dibaca oleh setiap anak Malaysia.
Posted by Fitri Hussin 

1 comments:

Unknown said...

where's can I find the post about mahathir insulting Jalur gemilang.. I want to see it.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena