Malaysia tidak sebahagia dahulu...
Sekeping Gambar Sedih Anak Kecil Menuntut Ilmu Di Tatau Sarawak
Amat menyedihkan bilamana plastik beras dijadikan sebagai beg sekolah
Ini gambar realiti kehidupan. Ini bukan gambar edit. Seorang sahabat di laman sosial Facebook berkongsikan gambar salah seorang anak muridnya yang menuntut di sebuah sekolah rendah di Tatau, Sarawak. Amat menyedihkan bilamana plastik beras dijadikan sebagai beg sekolah. CTS sendiri kalau bukan melihat sendiri gambar yang disiarkan oleh rakan CTS pastinya sukar untuk mempercayai realiti kehidupan yang getir ini.
Terselit rasa bangga dengan anak kecil ini yang bersemangat belajar untuk mengubah nasib keluarganya. Diharap Wakil-Wakil Rakyat dari parti mana sekalipun, di ceruk kawasan mana sekalipun, turunlah sendiri ke padang. Lihatlah sendiri susah senang Rakyat. Janganlah terlepas pandang perkara-perkara sebegini. Terima kasih Cikgu kerana berkongsikan sekeping kisah kehidupan.
WRITTEN BY CUCU TOK SELAMPIT AT 9/10/2013 08:04:00 PM
Comments:
Comments:
Hassan Norhisham said...
Terima kasih sebab share. saya berbangga untuk pelajar ini. Tidak perlu bantuan itu ini dan subsidi untuk ke sekolah. InsyaAllah bakal menjadi manusia berguna!
Wednesday, September 11, 2013 2:25:00 PM
Malaysia ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain - PBB
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH (TMI)
Malaysia tidak sebahagia seperti sebelumnya menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.
Kedudukan Malaysia merudum dari tangga 51 pada tahun lalu ke tangga 56 berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2013.
Ini menjadikan Malaysia ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura di tangga 30 dan Thailand di tangga 36 namun masih mendahului Indonesia yang berada di kedudukan 76.
Tahun lalu, Singapura berada pada kedudukan 33, Thailand (52) dan Indonesia (83). Rujuk rajah di bawah.
Manakala Denmark berada di kedudukan pertama negara paling bahagia di dunia dengan memperoleh markah 7.693 berdasarkan "Tangga Cantril" iaitu satu bentuk pengukuran berdasarkan penilaian responden dengan menggambarkan kehidupan sebagai tangga, berdasarkan skala 10 paling bahagia dan 0 sebagai terburuk.
Malaysia mendapat markah 5.760 dalam ujian tersebut merudum 0.377 mata daripada laporan sebelumnya. 40 negara lain turut mencatat penurunan sementara 60 negara lagi mencatat peningkatan.
Bagaimanapun, kajian tersebut tidak menyatakan butiran lengkap keputusan yang diperoleh.
Laporan tahun ini berdasarkan maklumbalas yang diterima dari tahun 2010 hingga 2012 daripada156 negara yang dikeluarkan oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan PBB (SDSN).
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, jangka hayat sihat, sokongan sosial untuk mendapatkan bantuan, persepsi rasuah, sifat pemurah dan kebebasan membuat pilihan adalah faktor yang diambil kira dalam kajian itu.
Laporan tersebut juga mendedahkan beberapa perkembangan baru seperti dunia kini lebih bahagia dan pemurah sejak lima tahun lalu berdasarkan penilaian penduduk mengenai hidup mereka.
"Laporan ini kaya dengan maklumat dimana ukuran dan kajian yang dilakukan secara sistematik boleh mengajar kita bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan perkembangan mapan," kata Pengarah Institut Bumi Universiti Columbia, Jefrrey D. Sachs.
"Kini berlaku peningkatan permintaan sedunia apabila penduduk mementingkan polisi dan mengutamakan kualiti hidup," katanya. - 13 September, 2013./TMI
0 comments:
Post a Comment