Saturday 7 January 2017

Debit Peduli Sukarelawan & Alhamdulillah jutaan terima kasih kepada Abam2 Askar...Mangsa banjir sebak.

Ahad, 8 Januari 2017
Foto Mohd Ridzuan Muhamad.
Mohd Ridzuan Muhamad telah menambah 6 foto baru — di Kg Padang Licin.

7.1.2017 Sabtu
Jam 6.00 petang
Bilik Operasi Banjir Amanah Kelantan
Taman Hj. Ismail, Kg. Padang Licin. Rantau Panjang, Kelantan.
Alhamdulillah jutaan terima kasih kepada Abam2 Askar yang bertungkus lumus di Rantau Panjang selama 4 hari bermula hari banjir yang lalu. Jasa2 kalian amat dihargai.
Dengan adanya Debit Peduli Sukarelawan...kami belanja kalian semua petang ni. Terimalah penghargaan kami yang tak seberapa ini.
Islam Rahmatan Lil'Alamin
Foto Parti Amanah Negara.
Kaunter Bergerak Kutipan Sumbangan BANJIR 2017 Pantai Timur
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.


Naib Presiden Amanah Ust Hasanuddin Mohd Yunus merangkap Pengerusi Biro Kemanusiaan dan Bencana Alam Amanah Nasional menyantuni dan menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir yang terperangkap di rumah.
Gambar suasana Bilik Operasi di mana petugas AWAN sedang membungkus sumbangan.
Turut Hadir Ustazah Mariam Abdul Rashid Timbalan Pengerusi Biro KKBA /Pengerusi Biro KKBA AWAN Nasional.
Foto Raja Kamarul Bahrin Shah.
Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu

Mangsa banjir sebak terima kunjungan Amanah

Situasi sukar yang dihadapi mangsa-mangsa banjir di Rantau Panjang dan sekitarnya tergambar jelas ketika dilawati naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Hasanuddin Yunus.
Mereka semua tahu banjir di kawasan itu akan mengambil masa yang lama sehingga dua minggu atau lebih.
"Inilah sebab utama mengapa ramai di antara kami tidak mahu pergi ke pusat pemindahan," kata seorang mangsa yang dikunjungi Hasanuddin.
Hasanuddin menaiki bot dalam misi bantuan banjir di Rantau PanjangHasanuddin menaiki bot dalam misi bantuan banjir di Rantau Panjang























Beliau yang mengambil masa dari selepas zohor hingga maghrib dalam misi bantuan banjir terkejut apabila mendapati begitu ramai penduduk yang tidak berpindah dan mereka tidak mendapat sebarang bantuan.

"Bekalan barangan asas seperti minyak masak, gandum dan gula pula begitu sukar didapati kerana di kawasan sempadan kawalan begitu ketat bagi mencegah penyeludupan.
"Bagi pihak Amanah, saya amat berharap para penyumbang terus membantu pasukan banjir yang telah ditubuhkan Amanah Kelantan," katanya.
Beliau bagaimanapun amat berpuas hati dengan operasi bilik gerakan banjir Amanah yang berpusat di Padang Licin yang bekerja sejak hari pertama berlaku bajir tahun ini.
"Semua unit parti daripada sayap wanita, pemuda dan pimpinan negeri jelas bekerjasama dengan baik dan kerja-kerja bantuan begitu lancar sekali.
"Saya amat gembira melihat sebaik barang-barang sumbangan orang ramai terus diperoses sebaik tiba oleh sukarelawan dari orang muda dan wanita.
"Dalam masa tak sampai satu jam unit-unit menyampaikan bantuan boleh bergerak untuk sidampaikan kepada mangsa banjir," katanya.
Selepas mengalami sendiri bertemu mangsa banjir, beliau berkata sukarelawan dan pimpinan yang mendapat pengalaman seperti ini amat berharga sekali.
Amanah mengagihkan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir hasil sumbangan orang ramaiAmanah mengagihkan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir hasil sumbangan orang ramai
"Barulah kita tahu betapa daifnya kehidupan masyarakat bawahan dan mereka amat memerlukan bantuan.
"Seorang warga emas yang saya temui yang kelihatan amat letih mulanya ceria menyambut kami seperti terkejut bila ada yang beritahu yang datang ni naib presiden parti Amanah.
"Bila saya minta beliau doakan kesejahteraan parti Amanah, beliau terus tunduk sebak dan mengangkat tangan berdoa dan kelihatan menangis tersesak-esak," katanya.
Hasanudin turut menyertai mesyuarat penuh pejabat operasi banjir Amanah Kelantan di Wisma Tok Guru dan menyampaikan kuliah Jumaat di tempat yang sama.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena