Saturday 7 January 2017

Heboh video 5.5 juta paparan C70, Jomlo Happy, Najib, Kucing & KSU yang Rasuah! Alahai cai, "Naik motor kapcai 50km sekadar nak dengar temberang org atasan ameno!"

Ahad, 8 Januari 2017
\
Image result for Motor c70 redah banjir

Heboh, Video Pria Modifikasi Motor Dapat Melaju di Banjir, Ternyata Cuma Segini Biayanya

Heboh, Video Pria Modifikasi Motor Dapat Melaju di Banjir, Ternyata Cuma Segini Biayanya

TRIBUNSUMSEL.COM - Usai diunggah oleh media Malaysia minggu lalu sebuah video yang menjadi viral di kalangan netizen di Malaysia
Bahkan turut dishare oleh pengguna Facebook dari berbagai negara di seluruh dunia.
Video tersebut menampilkan aksi Mohd Faizol Lokman, 30, dan kakaknya Khazuraimi Lokman, 35.
Mereka menaiki sebuah sepeda motor yang dimodifikasi untuk mengarungi banjir sedalam satu meter tanpa masalah.
Dilansir siakapkeli, video itu juga telah ditonton sekitar 5,3 juta kali
Dan dibagi hampir 120.000 orang yang ternyata banyak kagum dengan bakat Faizol memodifikasi sepeda motor Honda C70 bersangkutan.
Dia yang merupakan seorang mekanik dari Kampung Gerung, Jertih, Terengganu mengungkapkan.
Hanya mengeluarkan modal RM50 (Sekitar Rp 150 ribu) untuk memodifikasi Honda C70 itu.
Sehingga bisa menembus banjir seperti di dalam video.
Mengutip laporan Harian Metro, dia tidak menyangka video yang direkam kakaknya yang merupakan pembonceng mendapat perhatian banyak netizen.
Najib hanya mampu ulas pasal kucing ketika SPRM tahan KSU
Foto Otai BERSIH.
Cerita makcik dan perhimpunan UMNO
Suatu pagi aku singgah petronas isi minyak. (Tak ingat la tahun bila) Nampak sepasang suami isteri naik moto isi minyak gak. Makcik tu pakai merah putih la. Ooo nk gi tempat tu la kataku dlm hati. Yang buat hatiku tersentuh....
Suaminya (pakcik tu la) berkemeja kotak2 agak lusuh. Motor kapcai tu juga dah buruk.
Sanggup pakcik tu hantar makcik tu dlm keadaan begitu. Ada dlm 50 km. Bergadai nyawa. Area tu lori banyak. Semata2 nk bertepuk sorak nk dengar temberang org atasan umno tu.
Sedangkan mereka Itu berpakaian cantik. Berkereta besar siap escort lagi.
Sampai sekarang aku selalu rasa sedih bila ingat yg aku tengok itu. Andainya pakcik dan makcik tu hidup lg. Aku doakan dia insaf dan sedar betapa sia2nya kesetiaan yg tak bertempat itu.

KETIKA KSU DITAHAN SPRM, NAJIB HANYA MAMPU MENGULAS TENTANG KUCING...

Meskipun SPRM sejak kebelakangan ini sudah melakukan beberapa tangkapan di kalangan penjawat awam dalam usaha membanteras gejala rasuah yang kian membarah, termasuk yang terbaru seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian telah ditahan, malangnya tidak kedengaran lagi sebarang reaksi atau ulasan mengenainya daripada Najib Razak.

Berbeza semasa era Tun Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Badawi sebelum ini, jika ada tangkapan serupa itu, kita pasti akan mendengar reaksi positif atau mengalu-alukan usaha agensi itu daripada mulut seorang Perdana Menteri yang sedang mengetuai kerajaan.

Sememangnya, di ketika tangkapan demi tangkapan dilakukan oleh SPRM dan seluruh rakyat juga memperkatakannya, terutama berkaitan begitu banyak wang tunai, barang kemas, jongkong emas dan simpanan haram ditemui di bank-bank dalam jumlah yang agak mengejutkan, reaksi positif daripada Perdana Menteri adalah amat penting sebagai gambaran kepada rakyat beliau menyokong sepenuhnya tindakan pembanterasan itu.
Tambahan lagi, Najib dikenali sebagai antara pemimpin yang pantas memberi reaksi atau komen terhadap hampir semua perkara, sehingga mengenai gerhana dan perlawanan bolasepan Manchester United pun beliau tidak melepaskan peluang menulis di Facebook atau Twitter mengenainya.

Tetapi, kenapa Najib memilih tidak memberi reaksi mengenai tangkapan demi tangkapan oleh SPRM, terutama yang terbaru melibatkan seorang Ketua Setiausaha yang merupakan penjawat awam tertinggi ditahan setakat ini berkaitan rasuah?

Sejak dua hari lalu, saya mencari-cari di pelbagai sumber media sosial dan portal untuk melihat jika ada sebarang reaksi daripada Najib mengenai tangkapan terbaru SPRM itu, namun tidak terjumpa langsung mengenainya.

Di Facebook atau Twitternya, yang ada hanyalah tulisan mengenai banjir, pertemuan dengan Panglima ATM yang baru, tentang MRT dan serangan di Turki.
Apa yang menggelikan hati, di laman Twitter miliknya, sempat pula Najib memuatnaik mengenai seekor kucing yang baru dimilikinya.

Apakah kucing lebih penting berbanding mengulas tentang rasuah bagi seorang Perdana Menteri?

Adakah Najib kurang puas hati dengan tangkapan demi tangkapan sehingga ini yang sekadar melibatkan ikan kembung, tamban dan cencaru saja?

Atau mungkinkah Najib seperti majoriti rakyat lain yang hanya berpuas hati dan gembira mengenai pembanterasan rasuah di negara ini jika rasuah tentang SRC International yang melibatkan "seseorang yang terang-terang menerima RM42 juta melalui akaun peribadi" turut dilakukan tangkapan dan dibawa ke muka pengadilan? (SH 06/01/2016).
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena