Saturday 21 January 2017

[Video] Mukhriz DEDAH BUKTI Tanah FOREST CITY bukan DIPAJAK tapi HAK MILIK KEKAL! Warga China akan rampas perniagaan Cina tempatan?

Ahad, 22 Januari 2017

Warga China akan rampas perniagaan Cina tempatan, dakwa Dr M

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau mengkritik kedatangan pelabur China bukan kerana anti-China atau anti-negara asing, tetapi hanya kerana beliau pro-Malaysia.

mahathir_rakyat_china_600
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa warga China yang bakal membanjiri Malaysia akan merampas perniagaan syarikat tempatan yang kebanyakannya dimiliki kaum Cina tempatan.
Dalam catatan terbaru di blognya, Dr Mahathir berkata, sekarang pun syarikat China mendapat banyak kontrak pembinaan di Malaysia.
 Bekas perdana menteri itu mengulangi dakwaannya yang pelaburan langsung asing (FDI) kononnya dari China itu sebenarnya adalah penjualan tanah untuk membolehkan rakyat China memiliki aset di negara ini.
“Mereka tidak akan tinggal di kawasan mereka sahaja, Mereka pasti mahu ke tempat lain dan menjalankan perniagaan. Mereka datang ke sini melalui syarikat-syarikat besar China.
“Mereka akan bersaing dengan syarikat tempatan. Syarikat ini yang kebanyakannya dimiliki masyarakat Cina tempatan, pasti akan tewas kepada mereka,” tulisnya hari ini.
Menurut laporan media, Forest City akan dibina di atas 4 pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia dengan keluasan 1,386 hektar dan pelaburan utama datang dari syarikat China.
“Kita melihat sendiri tahap kecekapan dan kelajuan syarikat pembinaan China (menyiapkan projek). Mereka bawa masuk pekerja sendiri dari China. Mereka boleh bina sebuah hotel 5 bintang yang siap dengan hiasan dalaman dan landskap dalam masa 8 bulan.
“Sama ada ahli perniagaan Malaysia mahu mengakuinya atau atau, hakikatnya warga asing ini akan mengambil sebahagian besar perniagaan rakyat Malaysia,” katanya.
Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa 700,000 warga China akan dibawa masuk untuk membeli hartanah di Forest City, Johor dan akan diberikan kewarganegaraan jika menetap di sini.
Beliau turut mendakwa, keadaan sama juga akan berlaku di projek pelaburan China di kawasan lain.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan beberapa pemimpin kerajaan, termasuk Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyifatkannya tidak masuk akal, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata, Dr Mahathir sengaja melemparkan tohmahan kepada kerajaan negeri dan pusat.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang “tersinggung dan terluka” dengan dakwaan itu membidas Dr Mahathir memainkan “politik ketakutan dan sentimen perkauman”.
Dr Mahathir bagaimanapun mempertahankan diri dengan berkata, beliau bukan bersikap anti-negara luar atau anti-China, sebaliknya beliau hanya pro-Malaysia.
“Jika beliau (Najib) ke India, Afrika atau Eropah dan menjual tanah negara kepada berjuta-juta warga asing untuk datang menetap di sini, saya tetap tidak akan mempertimbangkan ia sebagai FDI.
“Mereka perlu berfikir tentang perkara ini dan berhenti bercakap tentang anti-China.”
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, warga China dialu-alukan melabur dalam sektor perindustrian di Malaysia, tetapi bukannya penghijrahan besar-besaran ke negara ini.
FMT.

1 comments:

songlapman said...

najid turun tangga please

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena