Wednesday, 11 January 2017

[Video WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE] 1MDB: Bekas pengurus Falcon Bank akui salah & Kerajaan digesa batalkan pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

Rabu, 11 Januari 2017

Bekas pengurus Falcon Bank akui salah terhadap 6 tuduhan berkaitan 1MDB

Jens Sturzenegger mengaku bersalah terhadap enam tuduhan berkaitan kes 1MDB  pada 11 Jan 2017.
Jens Sturzenegger mengaku bersalah terhadap enam tuduhan berkaitan kes 1MDB pada 11 Jan 2017. GAMBAR THE STRAITS TIMES

SEORANG bekas pengurus cawangan Falcon Private Bank mengaku bersalah terhadap enam tuduhan, termasuk bersekongkol dalam kegagalan bank itu mematuhi peraturan antipengubahan wang haram Singapura berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Baki 10 tuduhan diambil sebagai telah dibaca.
Jens Sturzenegger, warga Switzerland berusia 42 tahun, didakwa pada 5 Jan dengan 16 tuduhan, termasuk gagal melaporkan urus niaga mencurigakan berkaitan aliran masuk kira-kira AS$1.265 bilion ($1.81 bilion) ke dalam dua akaun antara 21 dan 25 Mac 2013.
Sturzenegger, orang asing pertama dan orang kelima didakwa berhubung skandal dana kerajaan Malaysia 1MDB, turut dituduh berbohong kepada polis dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengenai hubungannya dengan seorang ahli perniagaan Malaysia, Encik Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
Encik Low dituduh pihak berkuasa di beberapa negara sebagai orang utama di tengah-tengah dakwaan pengubahan wang haram besar-besaran yang dikaitkan dengan 1MDB.
Dipercayai bahawa beratus-ratus juta dolar dipindahkan dari akaun di Falcon kepada Encik Low dan rakan-rakannya serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang telah dibersihkan daripada kesalahan oleh Peguam Negara Malaysia.
Falcon telah ditutup oleh MAS Oktober lalu, berikutan tindakan sama terhadap bank BSI pada Mei.
Falcon dituduh "kurang faham berterusan dan dengan teruk" peraturan antipengubahan wang haram MAS dan didenda $4.3 juta sini.
MAS berkata "kelakuan tidak wajar (Sturzenegger)... telah menjejas keberkesanan fungsi pematuhan cawangan Singapura bank itu dalam melaksana tanggungjawabnya".
Dia ditangkap pada 5 Oktober dan bebas dengan ikat jamin $80,000.
BH.

Kerajaan digesa batalkan pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB


KUALA LUMPUR, 10 JAN: Antara langkah yang perlu diambil kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan skandal 1MDB adalah membatalkan pasport ahli perniagaan, Jho Low bagi memaksanya pulang ke Malaysia.
Dengan cara itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, penerangan secara terperinci mengenai skandal syarikat milik Kementerian Kewangan itu mampu diperoleh dan pihak yang terlibat dapat ditangkap.
“Jadikan Jho Low pelarian antarabangsa dan jangan lagi beri apa-apa peluang kepada beliau. Dengan cara itu, beliau terpaksa pulang ke Malaysia dan memberi penerangan tentang isu 1MDB.
“Tapi, Perdana Menteri tidak berbuat demikian,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada sidang media di Komtar hari ini.
Jho Low pada Julai tahun lalu bersama anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz dinamakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebagai penerima wang berjumlah hampir AS$3.5 bilion yang dipercayai diseleweng dari 1MDB.
Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura turut menyatakan bahawa Jho Low merupakan ‘orang penting’ dalam meneruskan siasatan mereka dalam skandal berkenaan.
Setakat ini, lima individu telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura dan Abu Dhabi kerana kaitan mereka dengan penyelewengan 1MDB, termasuk bekas pengurus bank BSI Singapura Yeo Jiawei yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Jho Low.  – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena