Wednesday 8 February 2017

[Video] 11 dalil kenapa skandal 1MDB bahaya dan menyusahkan rakyat Malaysia & Pengkhianat melayu wajib dihukum!

Khamis, 9 Februari 2017
Foto Suara Rakyat.
Jeng.. Jeng.. Jeng..

Tak takut tong simen ka...

Foto Suara Rakyat.

FAKTA: Pengkhianat melayu wajib perlu dihukum berat..

Pengkhianat melayu punya angkara, cina-DAP yang disalahkannya..

11 dalil kenapa skandal 1MDB bahaya dan menyusahkan rakyat Malaysia

Pada 
oleh 
SUBANG JAYA, 8 FEB: Mungkin sesetengah kita masih keliru tentang skandal 1MDB melibatkan ‘kehilangan’ puluhan billion ringgit wang negara.
Apa yang pasti, skandal terbesar dalam sejarah Malaysia ini telah membabitkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Ramai yang tertanya-tanya apa dan berapakah jumlah nilai yang telah diselewengkan serta apa pula kaitannya dengan rakyat Malaysia.
Bercakap dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia semalam, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, jumlah wang yang ‘digelapkan’ ialah AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion.
“RM24.7 bilion jumlah pelaburan yang ‘diangkat’ dari akaun 1MDB sudah hilang.
“Ini tak termasuk kerugian daripada aktiviti dan transaksi ‘rasmi’ seperti pengambilalihan syarikat penjanakuasa, fi (caj) melampau kepada Goldman Sachs, diskaun bon luar biasa, pelaburan hartanah dan sebagainya,” jelas Tony.
Apa dan berapa jumlah yang diseleweng?
1)      AS$1.83 bilion – Pelaburan Petrosaudi
2)      AS$1.367 bilion – “Cagaran” Aabar (BVI)
3)      AS$0.855 bilion – “Cagaran Tambahan” Aabar (BVI)
4)      AS$1.56 bilion – Pelaburan 1MDB “Global Investment”
Jumlah: AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion
1MDB bukanlah agensi kerajaan. Namun, apa yang pasti, 1MDB ialah syarikat pembangunan milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Kerajaan juga turut memberi beberapa pinjaman dan jaminan hutang yang dibuat oleh syarikat itu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, jumlah jaminan hutang, pendahuluan dan lain-lain bayaran yang dijamin kerajaan berjumlah RM39.8 bilion dan ini belum termasuk pinjaman lain yang melibatkan projek Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan lain-lain.
Berikut disenaraikan apa dan berapa yang terpaksa ‘ditanggung’ rakyat Malaysia:
5)      RM5.0 bilion – Bon 30 tahun jaminan kerajaan (2009)
6)      RM0.8 bilion – Pinjaman 10 tahun dari SOCSO pada 2010 (dijamin kerajaan)
7)      US$3.5bn – Bon 10 tahun dijamin IPIC yang ditanggung MOF Inc (Kementerian Kewangan Diperbadankan) (2012)
8)      AS$3.0 bilion – Bon 10-tahun, “Surat sokongan” kerajaan (2013)
9)      AS$1.0 bilion – Pendahuluan IPIC, ditanggung by MOF Inc (2015)
10)   AS$0.23 juta – Bayaran faedah oleh IPIC, ditanggung MOF Inc (2015/6)
Jumlah = RM5.8 bilion + AS$7.73 bilion = RM39.8 bilion
11)  Oleh kerana hutang 1MDB terlalu besar dan membebankan, Tony berkata kerajaan terpaksa pula ‘tutup lubang’ hutang 1MDB melalui Projek East Coast Rail Link (ECRL) yang berjumlah RM30 bilion melibatkan syarikat China Communications & Construction Company (CCCC).
Bagaimana hutang 1MDB ditutup?
Kos Projek East Coast Rail Link (ECRL) ialah RM30 bilion manakala kontrak yang ditawar kepada CCCC berjumlah RM55 bilion.
Persoalan yang perlu diberi perhatian saat ini ialah, jika kos projek ECRL berjumlah RM30 bilion, mengapa kontrak yang ditawar kepada syarikat dari negara China itu mempunyai lebihan RM25 bilion?
“…kekhuatiran terbesar rakyat Malaysia bahawa projek dengan kos berlebihan sebanyak RM55 bilion ECRL ini merupakan cubaan untuk menyedut sehingga RM25 bilion untuk membayar hutang 1MDB, bagi menutupi puluhan bilion ringgit yang telah diubah secara haram di luar negara” – Petikan dari kenyataan bersama pimpinan Pakatan Harapan bertarikh 15 November 2016.
Bagi pembaca yang ketinggalan mengikuti isu skandal 1MDB, anda boleh membaca laporan-laporan sebelumnya di pautan berikut:

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena