Wednesday 8 February 2017

[Video] 17 Cerita Pembohongan Terbaru Najib Yang Tiada Penghujung! MELAYU TIDAK PERLU TAKUT LAGI DENGAN DAP

Khamis, 9 Februari 2017

Foto Suara Rakyat.
TAK SERIK-SERIK MENIPU RAKYAT !!

Akan kami ingat sampai UMNO/BN terkubur pupus nnti..

Hakikatnya, menipu makanan ruji dlm Ameno !!!

MELAYU TIDAK PERLU TAKUT LAGI DENGAN DAP

Semalam, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mengesahkan penyertaannya ke dalam DAP dalam satu sidang media di kediamannya di Tropicana, Petaling Jaya.

Pada awalnya,  sidang media untuk mengumumkan kemasukannya ke dalam DAP itu sepatutnya diadakan di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara, tetapi terpaksa diubah tempat kerana tempahan dibatalkan oleh pengurusan kelab tersebut di saat-saat akhir.

Apa yang menariknya, penyertaan Zaid menyertai DAP disaksikan oleh Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dikenali sebagai "ultra Melayu" yang juga merupakan Pengerusi parti Bersatu.

Ini adalah suatu sejarah di mana seseorang menyertai DAP, tetapi Tun Mahathir menjadi saksinya. Sekaligus juga merupakan suatu penghormatan buat Zaid.

Meskipun tempat sidang media berubah tempat, namun Tun Mahathir tidak mengubah kesediaannya untuk menjadi saksi penyertaan Zaid ke dalam DAP itu.

Kehadiran Tun Mahathir bersama Lim Kit Siang untuk menjadi saksi kemasukan Zaid itu sudah agak lama dirancang dan ketidaksangsian beliau untuk menghadirinya tentunya mampu memberi mesej yang mendalam kepada rakyat.

Mesejnya tidak lain ialah agar pengundi Melayu tidak perlu takut atau ragu-ragu lagi untuk memberi sokongan kepada parti itu dalam pilihanraya akan datang ini. 

Dengan bertambahnya pemimpin Melayu berada dalam DAP, parti itu secara langsung dan tidak langsung telah menunjukkan ia semakin terbuka dengan konsep berbilang bangsa, meskipun diterajui oleh pemimpin berbangsa Cina.

Di sebalik dikatakan sebagai parti Cina dan digambarkan selalu bersikap chauvinis, tetapi seperti yang disebut oleh Tun Mahathir, DAP sebenarnya adalah parti berbilang kaum. Ia terbuka kepada semua kaum untuk menyertai dan berjuang di dalamnya.

Sejak sekian lama, beberapa pemimpin Melayu sudah menyertai DAP dan kemasukan Zaid sambil disaksikan oleh Tun Mahathir, parti itu dipercayai mampu meneroka ruang yang lebih luas dalam segmen-segmen masyarakat Melayu yang berbagai di negara ini.

Ini kerana Zaid bukan saja seorang peguam yang terkenal, bahkan juga pemimpin Melayu yang bukan asing kepada rakyat negara ini dengan pelbagai sumbangannya selama ini.

Beliau tentunya mampu memainkan peranan untuk menyelak tirai yang selama ini agak tertutup mengenai perjuangan sebenar DAP. Meskipun tidak mudah, tetapi ia adalah cabaran baru bagi Zaid yang dipercayai akan turut diberi ruang oleh DAP untuk bertanding dalam PRU 14 akan datang.

Jika Zaid mampu melakukannya bersama pemimpin-pemimpin Melayu sedia ada dalam DAP, parti itu mampu menjadi wadah baru bagi orang-orang Melayu, khususnya di bandar dan di kawasan-kawasan perumahan baru di seluruh negara.

Harus diakui bahawa DAP paling konsisten menjunjung Perlembagaan dan tegar menentang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam sistem pentadbiran negara. Dalam isu berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta melibatkan Najib Razak, DAP paling lantang dalam perjuangannya.

Dengan semakin ramai Melayu berada dalam DAP, seluruh rakyat, khususnya pengundi Melayu tidak harus bimbang lagi atau terus membiarkan diri termakan dakyah jahat UMNO berkenaan parti tersebut.

Bersama PKR, Bersatu dan Amanah yang sedia Melayu atau majoriti Melayu di dalamnya, terbaru dengan semakin ramai pemimpin Melayu terkenal seperti Zaid turut memilih DAP, Pakatan Harapan kini menawarkan ruang yang lebih menyeluruh, bukan saja untuk rakyat pelbagai kaum, tetapi juga bagi orang-orang Melayu.

Bermakna, kehadiran Tun Mahathir menjadi saksi kemasukan Zaid ke dalam DAP merupakan satu lagi sumbangan bekas Perdana Menteri itu untuk menyelamat dan menyediakan sesuatu yang jauh lebih baik untuk masa depan Malaysia selepas UMNO dan BN ditumbangkan nanti. (SH 08/02/2017).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena