Sabtu, 4 Februari 2017
Peh... Dari pemimpin, menteri sampai yg bawah semuanya penyamun??? Kalau dah bapaknya borek, anaknya pasti rintik...Tak kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..!!!.
TAUKE JUDI KEBAL ATAU DIA LEBIH KEBAL..?
Siasat kewarasan Jamal Yunos
AMPANG – Penahanan Jamal Yunos dan kumpulannya yang di dakwa merompak pada 29 Disember 2016 di Taman Kosas, Ampang adalah satu langkah yang baik oleh pihak polis.
Walau bagaimanapun, pihak polis juga perlu melanjutkan siasatan mereka berhubung dakwaan bahawa pusat hiburan keluarga yang digunakan sebagai pusat perjudian haram.
Permit majlis tempatan tidak membenarkan perjudian haram dan saya melihat perkara ini dengan serius. Jika di semua tempat ini sedang disalahgunakan untuk maksiat, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengetatkan kawalan ke atas aktiviti-aktiviti tersebut.
Saya berharap juga, bahawa penahanan Jamal akan dijadikan sebagai peringatan kepada orang-orang yang berfikir bahawa mereka boleh mengambil tindakan sendiri sewenang-wenangnya menyerbu premis tanpa kebenaran
Jika polis menutup mata kepada aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang, maka kita perlu mengetahui sebab musababnya.
Jamal Yunos yang berkelakuan tidak waras telah mencetuskan gangguan pada masyarakat am.
Jamal yang tidak waras setakat ini telah melakukan adegan-adegan termasuk berkeadaan hampir bogel di tengah jalan beberapa bulan yang lalu, beliau telah menyimbah cat pada wanita, dan secara membuta-tuli menuduh dipukul sedangkan footages video membuktikan sebaliknya.
Saya mengesyorkan pihak polis merujuk Jamal Yunos untuk pemeriksaan kewarasan di Tanjung Rambutan dan melindungi keselamatan orang awam daripada ancaman beliau.
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Keadilan
Ahli Parlimen Ampang
0 comments:
Post a Comment