Saturday, 4 February 2017

[Video Najib UMNO Perompak & Curi Duit Rakyat] BUKTI PARTI PAS LEMAH! BN Yakin Tawan Kelantan Pada PRU14

Sabtu, 4 Februari 2017

BN Yakin Tawan Kelantan Pada PRU14


KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) yakin memperolehi sekurang-kurangnya 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus menamatkan penguasaan 27 tahun Pas di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bendahari UMNO negeri, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, keyakinan tersebut berdasarkan kesungguhan serta kerja kuat parti itu membantu rakyat selain dibantu perpecahan pembangkang.

"Bukan setakat 12 kerusi, mungkin akan bertambah dan membentuk kerajaan. Faktor dimana UMNO yang tidak pernah berhenti bekerja untuk rakyat selain mempunyai jentera kukuh dilihat mampu memberi kelebihan kepada parti itu menang pada PRU-14," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas serta pengumuman jentera BN Kota Bharu di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Rosmadi Ismail; Ketua MCA Bahagian itu, Tan Ken Ten dan seluruh kepimpinan komponen BN Kota Bharu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Fatmi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu berkata, BN mampu merampas kembali Parlimen Kota Bharu pada PRU-14 meskipun kawasan tersebut dianggap sebagai kubu kuat Pas.

"Hari ini, kita lihat BN Kota Bharu menunjukkan solidariti serta semangat perpaduan yang cukup kuat dalam kalangan parti-parti komponen sekaligus berjaya membentuk kekuatan dalam menghadapi pilihan raya," katanya. - Utusan Malaysia

BLM
Mujahid Yusof Rawa
PANAS!! : BUKTI PARTI PAS LEMAH. 
Dakwaan Pas bahawa Pulau Pinang campur tangan dalam keputusan fatwa negeri mendedahkan kelemahan wakil mutlak parti Islam itu Datuk Mohd Salleh Man selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). 

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir itu menjawat kedudukan penting dalam pentadbiran negeri berkaitan hal-ehwal Islam. 

"Apakah Pas membayangkan bahawa mereka gagal menggunakan Salleh Man sebagai wakil mereka bagi memenuhi apa jua agenda Islam yang mahu dilakukan di Pulau Pinang," kata Mujahid, memetik laporan Malaysiakini. 

Beliau yang juga ahli Parlimen parit Buntar mengulas kenyataan kontroversi oleh Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Fauzi Yusof yang mendakwa kerajaan negeri pimpinan DAP dan PKR telah 'campur tangan' dalam keputusan jawatankuasa fatwa. 

Fauzi dipetik sebagai berkata, ini kerana keputusan oleh jawatankuasa itu telah dibentangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri sebelum mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong. 

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'fitnah'. 

Dalam perkembangan yang sama, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor menafikan gangguan, menggesa Pas tidak mempolitikkan keputusan mengenai fatwa. 

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, adalah jelas eksekutif tidak boleh mengganggu keputusan jawatankuasa fatwa kerana badan itu melapor terus kepada Yang di-Pertuan Agong. 

"Keputusan mengenai fatwa itu sendiri muncul selepas perbincangan dari pakar dan bertanggungjawab terus kepada Agong," katanya kepada Malaysiakini. 

"Bagaimana parti Islam seperti Pas tidak tahu tentang sistem fatwa? Bagaimana mereka (Pas) tidak membuat bising apabila menjadi sebahagian daripada pentadbiran," tanya beliau. 

mdl 
Agen Perubahan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena