Ini Komen Tun Dr Mahathir Isu Peguam Negara Yang Semakin Rumit
Rakyat Malaysia sokong Dr Mahathir lantik Thomas
SELEPAS Dr Mahathir Mohamad mengumumkan yang beliau tidak akan berganjak daripada melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara, rakyat Malaysia meluahkan sokongan kepada kebijaksanaan dan pemikiran progesifnya menerusi media sosial.
Ramai pengguna media sosial mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas semua tindakannya setakat ini, menambah yang keputusan beliau melantik Thomas juga dihormati rakyat.
“Inilah caranya yang betul. Tuan PM kami. Saya hormat apa sahaja keputusan. Teruskan bekerja dengan baik. Terima Kasih,” tulis Elsie Low di Facebook.
Seorang lagi pengguna media sosial, Naomi Cha berkata Dr Mahathir adalah contoh pemimpin progresif kerana memilih seorang yang bukan Melayu-Islam sebagai peguam negara.
“Pemimpin bijaksana. Beliau tahu apa yang perlu dilakukan kerana beliau tak mahu tengok Malaysia mundur,” tulisnya.
Peter Yong berkata Thomas adalah pilihan tepat untuk jawatan peguam negara kerana kerajaan Pakatan Harapan akan melakukan reformasi institusi tidak lama lagi.
“Reformasi institusi sangat diperlukan sekarang. Ia perlu diutamakan berbanding reformasi undang-undang Syariah, jika ada. Thomas sangat layak untuk reformasi institusi,” tulisnya di Facebook.
Rakyat Malaysia juga meluahkan sokongan dan memuji ketegasan Dr Mahathir yang menyifatkan Thomas adalah orang terbaik dalam usaha menyelamatkan Malaysia.
Malah ada yang mengatakan Thomas dilantik untuk mendakwa bekas Perdana Menteri Najib Razak yang terpalit skandal 1MDB.
Tommy Thomas tenure is 2 years. By then Najib should be history. End of story. New PM. New AG. Bring in Tommy.— AGNI (@pradosom) June 2, 2018
Cadangan pelantikan Thomas sebagai peguam negara mencetuskan ribut dalam negara apabila Majlis Raja-Raja mahukan seorang Melayu-Islam untuk Raja-Raja akan bersidang esok bagi membincangkan perkara yang menjadi tumpuan perbincangan seluruh negara itu. Setakat ini terdapat dua petisyen dalam talian- untuk menyokong dan membantah- pelantikan Thomas.
The Malaysian Insight melaporkan yang kerajaan sudah menulis kepada Yang di-Pertuan Agong meminta pemecatan Peguam Negara Apandi Ali dan digantikan dengan Thomas, pilihan sebulat suara parti yang membentuk kerajaan sekarang.
Tetapi pihak istana kemudiannya memberikan beberapa nama lain untuk jawatan itu.
“Patuh kepada Perlembagaan. Patuh kepada prinsip. Patuh kepada undang-undang. Seluruh rakyat dibelakang tuan. Salute Tun M,” tulis Ramnikaran Thanggavelu di Facebook.
Calvin Huang pula menulis di Facebook: “Jika semuanya dijalankan berdasarkan undang-undang, tiada alasan untuk menolak hanya kerana pendapat peribadi.
“Ia perlu berdasarkan merit dan justifikasi serta keupayaan untuk melakukan tugas jawatan itu.
“Ia bukan soal mencabar YDPA (Yang di-Pertuan Agong), kita perlu menilai semua faktor dan bukannya satu atau dua sahaja untuk buat kesimpulan.
“PM yang berusia 93 tahun tiada masa untuk main-main. Tun (Dr Mahathir) serius tentang perubahan. Apa sahaja penangguhan adalah pembaziran masa.” – 4 Jun, 2018.
TMI.
1 comments:
SYABAS TUN DAN BELIAU PATUT DIHORMATI.
NK MAIN2 PI MASUK PAS..
SAT BAGI LABEL BURUK, SAT NK KAWAN BALIK.
Post a Comment