Tuesday 12 June 2018

[Video Sidang Media~Tun Dr Mahathir Bersama Perdana Menteri Jepun Shizo Abe] Tun Mahathir Mengakhiri Lawatan Kerjanya Ke Jepun, Bertolak Ke Kuala Lumpur & Gerakan: Mari bincang usir Umno, bukan tinggalkan BN.

Selasa, 12 Jun 2018

Tun Mahathir Mengakhiri Lawatan Kerjanya Ke Jepun, Bertolak Ke Kuala Lumpur



Gerakan: Mari bincang usir Umno, bukan tinggalkan BN

Parti komponen BN perlu mengadakan mesyuarat majlis tertinggi untuk memutuskan sama ada perlu mengusir Umno berbanding bertindak keluar daripada gabungan itu, kata ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong.
Beliau menegaskan setiap presiden parti komponen dalam BN memiliki kuasa berkaitan proses membuat keputusan tertinggi dalam gabungan itu.
"Kita perlu memahami bahawa BN bukan milik Umno tetapi parti komponen.
"Ia adalah satu kesilapan untuk membolehkan Umno menguasai kebanyakan jawatan tertinggi BN pada masa lalu seperti timbalan pengerusi, setiausaha agung, dan bendahari," katanya dalam satu kenyataan.
Yong berkata, ini merupakan faktor keangkuhan di kalangan sesetengah pemimpin Umno.
"Umno kini terperangkap dalam keadaan yang serius akibat diri sendiri, terutama kerana kesombongan dan politik wang.
"Dengan adanya barisan kepimpinan baru mereka (seperti yang dilaporkan), masih timbul keraguan bahawa mereka dapat memenangi sokongan daripada majoriti rakyat Malaysia, terutama di kalangan penduduk bandar dalam masa terdekat," kata Yong.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena