Wednesday 13 June 2018

[Video Tak sampai 100 hari selepas PRU14, BN dah MATI! Umno bila lagi?] TULAH., dulu masa memerintah sombong sangat, org tegur sikit, ugut, tangkap, kasi letop C4 & Senarai Penuh Jemaah Menteri Tun Dr Mahathir.

Khamis, 14 Jun 2018

Bagaimana tumpaskan BN, ini jawapan Mahathir


Foto Suara Rakyat.
APA punya malang.. Bapak (arwah Tun Razak) yg tubuhkan, tapi anak sendiri pelingkupkan..

BN hati tak kental.. Baru jadi pembangkang sebulan dah koyak.. tak bersatu hati antara satu sama lain utk cari penyelesaian.

Nampak gayanya BN akan jadi pembangkang buat selama2nya..

Dengar khabar parti 'GELAKAN' juga nak kluar dari BN.. heeee

TULAH.. dulu masa memerintah sombong sangat, rasa kuat sangat... org tegur sikit, ugut, tangkap & kasi letop C4..

Foto Suara Rakyat.
Senarai Penuh Jemaah Menteri Tun Dr Mahathir
VETERAN DAP, Teresa Kok dan muka baru, Yeoh Bee Yin antara calon parti itu yang dijangka akan masuk dalam senarai akhir 26 anggota Kabinet Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kata sumber kerajaan.
Kok akan dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutuan manakala Yeoh, yang menang kerusi Parlimen Bakri dalam pilihan raya pertamanya, dijangka dinamakan sebagai menteri tenaga, teknologi dan alam sekitar. Yeoh adalah jurutera kimia, pemegang biasiswa Petronas yang juga lulusan sarjana dari Cambridge.
Wakil PKR dalam jemaah menteri itu termasuk pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang akan jadi menteri kerja raya; naib presiden Xavier Jayakumar (air, tanah dan sumber asli), dan setiausaha agung Saifuddin Nasution (perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna).
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Abdullah bakal dinamakan sebagai menteri pendidikan tinggi. Beliau adalah timbalan menteri portfolio yang sama dalam Kabinet Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum 2008 dan dikekalkan oleh Najib Razak sehingga habis mandat penggal ke-13 itu.
Sementara itu, dari Amanah, Mujahid Yusof Rawa bakal dilantik menteri luar manakala Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad akan jadi menteri hal ehwal agama Islam di Jabatan Perdana Menteri.
Seperti yang dijangka oleh banyak pihak, ketua sayap Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal dinamakan menteri belia dan sukan. Ahli Parlimen Alor Gajah Mohd Redzuan Yusof akan memegang portfolio yang dihidupkan semula, Kementerian Pembangunan Usahawan.
Parti Warisan Sabah yang menyokong PH akan mempunyai tiga wakil dalam Kabinet Dr Mahathir iaitu Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking; Ahli Parlimen Batu Sapi VK Liew dan Ahli Parlimen Silam Mohamadin Ketapi.
Darell akan jadi menteri perdagangan antarabangsa dan industri; Liew sebagai menteri undang-undang manakala Mohamadin bakal menteri pelancongan.
Sama seperti Saifuddin Abdullah, Liew pernah jadi timbalan menteri di portfolio yang sama sepanjang tempoh mandat yang sama 2008-2013. Beliau adalah bekas presiden Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) yang pernah terlibat dalam perebutan kuasa dalaman pada 2013.
Sama juga seperti Saifuddin yang meninggalkan Umno dan menyertai PKR, Liew keluar LDP pada Mac 2018 untuk masuk Warisan bersama 200 penyokongnya.
PORTFOLIO KAUM INDIA
Pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy akan diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal kaum India, selepas usaha kerasnya memastikan pengundi kaum India memilih PH.
Setakat ini tidak jelas apakah portfolio itu diangkat sebagai sebuah kementerian penuh atau diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Waytha Moorthy bagaimanapun perlu dilantik sebagai senator terlebih dulu kerana beliau bukan ahli Parlimen.
Waytha pernah jadi senator selepas PRU13 dan dilantik sebagai timbalan menteri dalam Kabinet Najib. Beliau bagaimanapun letak jawatan hampir setahun kemudian sebagai membantah sikap kerajaan BN yang tidak mempedulikan nasib kaum India.
"Calon dipilih berdasarkan kelayakan. Yeoh seorang terpelajar dan menarik perhatian Dr Mahathir dengan pencapaian akademiknya ketika namanya dimajukan oleh DAP," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insight.
SABAH DAN SARAWAK
Nama-nama calon jemaah menteri ini difahamkan akan dipersembahkan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas Hari Raya Aidilfitri, hujung minggu ini.
Seorang lagi sumber memaklumkan Baru dipilih untuk ke Kementerian Kerja Raya kerana beliau dalam kedudukan yang baik untuk mengutamakan projek pembangunan bagi Sabah dan Sarawak.
"Pakatan mahu kerja-kerja pembangunan diteruskan di Sabah dan Sarawak. Sudah cukup infrastruktur di Semenanjung Malaysia. Baru calon yang terbaik untuk tugas itu. Beliau tahu apa yang diperlukan," kata sumber itu.
Sumber itu juga menambah, mungkin ada dua nama lagi dari Sarawak akan dimasukkan selepas empat parti negeri itu meninggalkan BN untuk mendirikan Gabungan Parti Sarawak yang mendukung PH.
"Wakil mereka mungkin dijemput menyertai Kabinet," kata sumber itu.
PENGAJIAN TINGGI
Dalam menyusun Kabinet lengkapnya, Dr Mahathir juga dikatakan memikirkan semula tentang portfolio Pengajian Tinggi, sehingga ia diasingkan daripada portfolio Pendidikan, dan membuka jalan kepada Saifuddin Abdullah kembali ke Kabinet.
Portfolio Pengajian Tinggi sebelum ini disatukan dengan Kementerian Pendidikan di bawah menterinya, Maszlee Malik.
Maszlee menerima serah tugas daripada menteri sebelum ini, Idris Jusoh dalam satu majlis pada 22 Mei lepas dan sejak itu sempat membuat beberapa kenyataan tentang keadaan universiti tempatan serta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Sementara itu, sumber juga menjelaskan Kementerian Pembangunan Usahawan dihidupkan semula bagi memastikan ada kementerian khusus untuk mengembangkan usahawan Melayu.
Kementerian ini dimansuhkan oleh Najib dalam Kabinet pertamanya pada 2009. Menterinya yang terakhir ialah bekas menteri besar Johor Khaled Nordin (2004-2009) dan sebelum itu Nazri Aziz (1999-2004) dan Mustapa Mohamed (1995-1999).
Dengan pengenalan semula kementerian ini, semua unit berkaitan yang sebelum ini diletakkan di beberapa kementerian akan dikembalikan seperti Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera (MPPB) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Jemaah menteri Dr Mahathir sekarang dianggotai 13 menteri. Perdana menteri sebelum ini berkata beliau mahu anggota Kabinetnya tidak lebih 30 orang. – 13 Jun, 2018.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena