Friday, 8 June 2018

[Video Jawapan Dr M buat bilik sidang media riuh rendah] Dr M 'sekolahkan' Zahid, Jho Low makin 'panas', Hisham tak tanding & Mahkamah tetapkan tarikh perbicaraan saman RM100 juta Shaariibu.

Jumaat, 8 Jun 2018

Dr M 'sekolahkan' Zahid, Jho Low makin 'panas', Hisham tak tanding

Mahkamah tetapkan tarikh perbicaraan saman RM100 juta Shaariibu


Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini menetapkan tujuh hari bermula 13 Ogos sebagai tarikh perbicaraan kes saman RM100 juta yang dikemukakan oleh warga Mongolia, Shaariibu Setev, isterinya dan dua cucu mereka berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibu 12 tahun lalu.
Peguam Sangeet Kaur Deo berkata selain 13 Ogos, tarikh lain adalah 14 Ogos, 17 Ogos dan 25 hingga 28 Sept.
"Tarikh itu ditetapkan di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera di kamar hari ini susulan pengurusan kes.
“Hakim juga meminta semua pihak untuk menyelesaikan dokumen dan mengklasifikasikan fakta yang dipersetujui dan menentukan isu-isu yang perlu dibicarakan," katanya kepada Malaysiakini.
Shaariibuu dan tiga yang lain memfailkan saman berkenaan pada tahun 2007 ke atas bekas ketua inspektor Azilah Hadri, bekas korporal Sirul Azhar Umar dan kerajaan berikutan kematian Altantuya. Altantuya adalah anak perempuan Setev.
Mahkamah Persekutuan pada Januari 2015 mendapati Azilah dan Sirul bersalah membunuh Altantuya dan menjatuhkan hukuman gantung sehingga mati terhadap kedua-dua mereka. Walau bagaimanapun, Sirul berjaya memboloskan dirinya ke Australia dan kini ditahan oleh pihak berkuasa imigresen di negara itu.
Penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat dengan dua bekas anggota polis itu bagaimanapun dibebaskan.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena