Thursday, 7 June 2018

[Video Pembangkang (BN) Tak Tahu Malu Persoalkan Lagi Dana Kerajaan] MCA tak pernah pula berbunyi ketika BN nafi peruntukan untuk pembangkang (Peruntukan RM0.00)?

Jumaat, 8 Jun 2018

PH tak tepati janji,peruntukan MP tak sama banyak!


 MCA tak pernah pula berbunyi ketika BN nafi peruntukan untuk pembangkang.
MCA tak pernah pula berbunyi ketika BN nafi peruntukan untuk pembangkang... 

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong ditempelak ekoran kenyataannya mendakwa Kerajaan Persekutuan bertindak tidak adil dalam soal peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen. 

Peguam hak asasi manusia, Syahredzan Johan berkata, meskipun Wee wajar membuat kenyataan demikian, namun sebelum ini beliau tidak pula bersuara apabila kerajaan BN langsung tidak memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang. 

“Pernahkah Wee terfikir tentang atau bersimpati dengan ahli Parlimen pembangkang sebelum ini yang terpaksa menjalankan tanggungjawab mereka dengan peruntukan RM0.00 daripada Kerajaan Persekutuan?” soal Syahredzan, dalam suatu perkongsian di laman Facebook rasminnya. 

Bagi Syahredzan yang giat berkempen untuk DAP dalam pilihanraya lalu, dalah lebih baik bagi Wee untuk membiarkan orang lain untuk membangkitkan isu ini, kerana sebagai seorang anggota bekas kerajaan, beliau akan dilihat sebagai seorang hipokrit. 

“Beliau langsung tidak mempunyai legitimasi untuk menuduh bahawa Kerajaan tidak berlaku adil apabila sebelum ini Kerajaan yang dianggotainya sendiri ‘menzalimi’ ahli Parlimen pembangkang,” jelas Syahredzan lagi. 

Kerajaan mengumumkan akan memberikan peruntukan berjumlah RM500,000 untuk setiap Ahli Parlimen Kerajaan, manakala RM100,000 untuk wakil-wakil rakyat pembangkang. 

Sebelum ini, Barisan Nasional tidak memperuntukkan sebarang dana untuk wakil-wakil rakyat pembangkang di Parlimen. – Roketkini.com 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena