Thursday, 7 June 2018
[Video Zahid: Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty] PASAI APA Zahid mai jumpa ISKANDAR KUTTY? Dulu Pertikaikan IC Dan Panggil Kutty & Mungkinkah juga kunjungan Zahid untuk 'minta nyawa'? 'Kok gitu Wak Jahid!'
Jumaat, 8 Jun 2018
Pasai apa Zahid mai jumpa Dr.M...
Pagi tadi, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pemangku Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya.
Ini bermakna Zahid Hamidi menjadi pemimpin pembangkang ketiga yang datang bertemu Dr Mahathir selepas Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN dalam pilihanraya 9 Mei lalu.
Sebelum ini Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bersama Menteri Besar Terengganu, Ahmad Shamsuri Mokhtar serta Mustafa Ali dan Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Abang Haji Openg juga turut mengunjungi Dr Mahathir.
Tidak dapat dipastikan apa inti pati perbincangan antara rombongan Hadi Awang dengan Dr Mahathir, tetapi Abang Johari (bawah) bertindak membawa keluar PBB meninggalkan BN selepas beberapa hari pertemuannya dengan Perdana Menteri itu.
Dalam hal berkaitan, apa Zahid mahu bila beliau juga mengambil langkah mahu bertemu dengan Dr Mahathir?
Adakah Zahid sekadar datang untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Pakatan Harapan dan kembalinya semula Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri buat kali kedua?
Atau dia datang untuk meminta maaf atas keterlanjuaran atau kebiadapan mulutnya menghina Dr Mahathir dengan mengatakan Perdana Menteri itu mempunyai nama sebenar dalam kad pengenalan biru sebagai “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” yang gagal dibuktikannya sehingga kini?
Mungkinkah juga kunjungan Zahid untuk "minta nyawa" daripada Dr Mahathir terhadap kemungkinan kes-kes lama atau semasa beliau menerajui Kementerian Dalam Negeri akan diselongkar oleh kerajaan baru Pakatan Harapan?
Adakah Zahid Hamidi datang untuk mendapat kepastian daripada Dr Mahathir sama ada namanya turut disenaraihitamkan untuk ke luar negara?
Tidak mustahilkah juga Zahid datang untuk membawa sesuatu mesej daripada bekas bosnya, Najib Razak yang kini sedang disiasat polis dan SPRM serta bakal didakwa tidak berapa lama lagi?
Tumpang sekole.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Ahad, 10 Mac 2103 *Lakonan Potong Jari Bukan Berlaku di Sabah! *Palsu Video Kantoi : Bukan Polis Malaysia Kena Sembelih, Faktanya Ia ...
-
Sabtu, 30 Ogos 2014 Cendawan/Alga Benih Cendawan Mekah/Mud-mud July 11, 2012 · Khasiat dan Kelebihan Air Cendawa...
-
Jumaat, 20 September 2013 Solat berseluar pendek! Harus... Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedb...
-
Salam sejahtera buat sekalian pembaca yang setia menunngu akan segala kemas kini dari laman ini. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa, penuli...
-
Sabtu, 9 Mac 2013 007 : 30 % UNTUK TABUNG PERAJURIT LAHAD DATU! sabahkini.net Oleh : A.G. TAYLORS SEMPENA menghargai pengorba...
-
Khamis, 25 Julai 2013 Gambar tunjuk murid makan di bilik air sekolah Tindakan Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gamba...
-
Khamis, 9 Mei 2013 HIMPUNANAN Black 505 AP & Washington Post Lapor Perhimpunan BLACK505, 1Dunia Membaca Perihal Penipuan PRU13 BAT...
-
Rabu, 30 Disember 2015 Otai BERSIH Like This Page · 10 hrs · Kami rakyat yang diberi rezeki oleh Umno lebih m...
-
Selasa, 22 Disember 2015 Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) Ali Tinju ditahan dibawah Akta Hasutan...
-
Isnin, 19 November 2018 Otai BERSIH Kerajaan Malaysia perlu tegas utk mengambil tindakan keatas YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy...
0 comments:
Post a Comment