Wednesday 6 June 2018

[Video New Attorney-General Tommy Thomas reports for duty] AG baru takkan lepaskan sesiapa pun dalam siasatan 1MDB & Inilah tujuan utama kerajaan PH memilih Tommy Thomas dilantik peguam baru.

Rabu, 6 Jun 2018

Peguam Negara Baru Yang Pasti Buat Ramai Kecut Perut Skandal 1MDB


Foto Suara Rakyat.
Inilah tujuan utama mengapa kerajaan memilih Tommy Thomas dilantik peguam baru.

SEBABNYA untuk membuka balik siasatan 1MDB yang telah ditutup oleh dua perancang utama bekas peguam negara APANDI ALI dan bekas gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim dua tahun yg lepas agar Najib dpt dibersihkan drpd sebarang kesalahan pada skandal 1MDB.

Bukan dua itu sahaja malah Pengerusi PAC Hasan Ariffin, menteri2 & pemimpin Umno bersetongkol perakui Najib tidak bersalah !!

AG baru takkan lepaskan sesiapa pun dalam siasatan 1MDB

Peguam negara baru Tommy Thomas berikrar akan menjadikan pengurusan prosiding jenayah terharap dakwaan salah laku 1MDB sebagai keutamaannya.
“Semua sama di sisi undang-undang dan tiada siapa pun akan dilepaskan.
“Tidak akan ada cubaan menutup kes,” kata Thomas dalam sidang media selepas memasuki pejabatnya hari ini.
Katanya, beliau akan meneliti kertas siasatan berkaitan dan menghubungi pihak berkuasa dalam bidang kuasa lain dalam hal itu.
Beliau juga berkata akan menjadikan agenda pemansuhan undang-undang yang menindas sebagai agenda utama dan memberitahu sudah mempunyai “senarai panjang”.
Thomas berjanji akan tiada lagi pendakwaan terpilih dan pihak tidak bersalah tidak perlu berasa bimbang.
“Malaysia sebuah negara yang bebas, kita tidak patut takut pada ketukan pintu di tengah-tengah malam oleh anggota polis.
“Tetapi siapa yang melanggar undang-undang akan berdepan undang-undang tidak kira apa kedudukan mereka.
“Di pihak saya, saya janji lakukan perkara yang betul, iaitu, bercakap benar dan tegakkan keadilan.
“Keadilan bukan saja akan dilakukan tetapi dilihat dilakukan,” katanya.
Isu pelantikan Thomas sebelum ini mencuri perhatian selepas Majlis Raja-Raja dilapor mahukan calon beragama Islam.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagaimanapun semalam memperkenankan pelantikan itu semalam untuk dua tahun bermula 4 Jun.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena