Friday, 8 June 2018

[Video Jho Low Cuba Jumpa Tun Dr Mahathir?] Janji JAM MELAYU jangan pakai dah! Ini cara baharu kita, penganjur tak perlu ada 'waiting time' untuk menteri lagi.

Jumaat, 8 Jun 2018

KUAKITI MENTERI DAN KERAJAAN / JANJI JAM MELAYU JANGAN PAKAI

Hasil carian imej untuk Gambar Anthony Loke Siew Fook (empat dari kiri) pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-20 di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpu
MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (empat dari kiri) pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-20 di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: "Jalankan program dengan cepat dan sederhana supaya lebih banyak kerja boleh dibuat."

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, hari ini mengingatkan penganjur program supaya memberi masa yang tepat dan sama bagi kehadiran menteri serta jemputan sesuatu majlis.

Beliau berkata, peringatan itu selari dengan saranan pentadbiran kerajaan baharu yang mengutamakan ketepatan masa.

"Ketepatan masa adalah nilai yang ditanam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebagai menteri kabinet, saya akan berusaha menepatinya tanpa membuang masa.

"Bagi program dianjurkan kementerian atau swasta, saya harap dapat dijalankan dengan cepat dan sederhana. Kita boleh buat lebih banyak kerja tanpa perlu tunggu dua tiga jam untuk satu program.

"Saya harap nasihat ini diterima semua pihak termasuk kakitangan kementerian dalam menganjurkan majlis pada masa depan," katanya berucap pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-20 di Plaza Tol Sungai Besi di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid; Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa; Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Sdn Bhd, Datuk Jim Khor dan Pengerusi Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong.

Terdahulu, Siew Fook memohon maaf kepada hadirin kerana lewat hadir pada majlis itu.

"Saya memohon maaf kalau tadi ramai yang menunggu kerana saya dimaklumkan oleh pemandu saya kena hadir pada jam 9.50 pagi.
Saya ingatkan saya dah awal, saya sampai 9.45 pagi tetapi apabila rupanya program bermula 9 pagi.

"Saya rasa kebanyakan penganjur biasanya memberikan 'waiting time' (masa menunggu) kepada hadirin.

"Saya harap dan nak ingatkan semua penganjur apa-apa majlis, sama ada dengan saya, kementerian dan badan kerajaan, berikan masa yang sama.

"Kalau hadirin tiba jam 9 pagi, beritahu menteri pun hadir jam 9 pagi.

Saya tak suka orang tunggu saya lama-lama sebab ini seolah-olah saya membuang masa orang lain

Selepas ini, saya harap penganjur buat program 
tak perlu ada 'waiting time'. Ini cara baharu kita, kerajaan baharu kita, 
menteri baharu, cara pun baharu," katanya sambil disambut tepukan gemuruh 
hadirin.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena